berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Friday, August 20, 2010

Kenapa Dia Dibuang?

eh..budak-budak yang beranak haram ni tak alah ke masa mengandung?macam mana eh? senang je aku tengok..soalku kepada kakak sulungku lewat kelmarin menanti waktu berbuka di rumah bonda..tak..kak long cepat menjawab..dorang ni jenis senang..kita ni je yang payah sebab kita mengandung dengan alahan dan perit nak bersalin tu sebab Allah nak ampunkan dosa kita..o macam tu ke? aku membalas..



aku jadi fikir sendirian..ramainya anak dibuang akhir-akhir ni..suami kata, sebenarnya ummi benda ni sentiasa ada, cuma media yang suka suki nak highlight atau tidak..betul jugak pendapat suamiku..tapi aku lihat memang menjadi-jadi akhir-akhir ni..



lewat kelmarin di status kawan sekolej ku dahulu menyatakan rasa sedih dengan keadaan ini..pendapatnya bila ada je pesta 9 bulan selepas itu ramai la anak yang akan tergolek sana sini..aduh...betapa parahnya masyarakat akhir zaman ni..entah kenapa Ramadhan kali ini membuat aku sering berfikir tentang cara hidup aku dan keluarga yang jika dibanding dengan zaman Nabi dahulu sangat la jauh cara hidupnya..memang la, zaman nabi s.a.w tiada kemudahan seperti sekarang hand phone, internet, Tv, astro macam-macam ada dan lain-lain lagi yang sangat berteknologi tinggi..tapi jika difikirkan semua benda yang berteknologi tinggi itu la yang membawa kita terus lupa kepada cara hidup sebagai Muslim yag sejati..sebagai contoh Facebook..aku mengaku sendiri bahawa setiap hari menjadi rutin ku untuk cek FB ku..walaupun tidak menulis sebarang status terbaru, aku pasti akan menegur atau memberi pendapat tentang status kawan-kawanku..hai..sungguh bz body aku rupanya..cuma dinihari aku cuba elak untuk komen yang mungkin akan disalahertikan oleh sesiapa..bukan apa kadang-kadang kita kata lain, tetapi dibaca dengan nada lain dah boleh sebabkan ayat komen kita itu lain maksudnya..begitu juga dengan gambar..banya pendapat ustaz yang melarang meletakkan gambar yang boleh menyebabkan fitnah..aku sangat raikan..habis aku delete gambar-gambar di profile ku kecuali beberapa untuk pengenalan diri dan keluargaku..adalah sekeping dua gambar ultraman dan raksasa kesyanganku itu(naqi dan fawwaz..lasak sangat hero ummi ni sekarang)..tapi masih ramai yang tidak endah dengan saranan ustaz-ustaz ni...gelap sangatkah hatinya aku tidak tahu..terpulang la pada individu masing-masing..di akhirat kelak jangan disalahkan orang lain jika dihisab sengaja membuak aib dan aurat kepada orang yang bukan muhram..ketika itu jawab la sendiri ya..



berbalik kepada soal membuang anak ini..aku sangat sedih dengan keadaan ini..mudahnya mereka melakukan zina (dan mudah juga lekat ya!)kemudian mudah juga mereka membuangnya..mungkin yang hatinya berbelah bahagi diletakkan di masjid, di balai polis atau di mana-mana yang dirasakan anak itu selamat..tetapi yang lagi kejam bagiku mereka akan membunuh anak itu kemudian mencampakkannya di dalam sungai, di tempa pembuangan sampah dan mana-mana tempa yang mereka rasa orang tidak akan menjumpai mayat si kecil tidak berdosa itu..entah la..



terkenang saat mula mengandung anak pertamaku..bunting pelamin dan ia cukup membuat suamiku bangga..walaupun dengan keadaan tidak sempat berbulan madu seadanya..kami menatang kandungan pertama itu sejak aku mula merasa perubahan dalam rahimku..sungguh indah dan berbeza sekali perasaannya..suami sungguh bahagia dan aku bahagia bila dia bahagia..kami jaga kandungan itu sehingga la aku selamat melahirkannya..nampaknya mengandung dan melahirkan kali pertama adalah satu pengalaman yang sangat besar ertinya kepada diriku..ia diikuti dengan kandungan keduaku 9 bulan setelah bayi sulungku lahir kedua..ya.setahun seorang anak-anakku nanti..kali ini alahannya kurang namun lembiknya agak banyak..hinggakan tidak banyak progress dalam kerjayaku..cerewet makan dan sesungguhnya anak keduaku juga agak cerewet memilih makanan persis ketika aku mengandung dahulu..ini antara pengalamanku..



entah kenapa mereka buang dia..kesihan dia..apa dosa dia..andai anda tidak mahu anak itu..berikan kepada yang lebih memerlukan..ujian Tuhan, yang halal bukan main susah hendak lekat..yang haram ni mudahnya..ini la ujian untuk mereka yang melakukan zina dan ujian untuk kita yang ada hubungan yang halal..ujian untuk kita mengekang zina juga..apa yang perlu kita sebagai masyarakat buat untuk mengekang targedi ini daripada terus berleluasa..bangkit lah semua anak Adam untuk benteras gejala ini..ia mungkin melalui didikan (semestinya!) dan ia mungkin juga melalui perundangan..dan ia juga pastinya kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah..



wallhu a'lam..

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan..inilah ujian pertama..

assalamualaikum..

hari ini adalah hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa..begitu juga dengan diri ummi yang kelihatan begitu kurang sihat..ini adalah ujian hari pertama untuk diri ummi..namun jika diamati ujian itu sejak semalam lagi..bila ummi agak kurang sabar dengan perangai anak-anak bujang ummi yang memang membuat ummi naik hangin..nampaknya hipnosisku masih belum berkesan lagi..

hari ini dan bermula malam tadi ummi sememangnya tidak sihat..dengan keadaan bersin berulang kali menyebabkan hidung ummi tersumbat (bernafas ikut mulut) mujur ada mulut..dan teringat kata-kata seorang kakak senior kita kena bersyukur walaupun hidung tersumbat sebelah masih ada lagi sebelah untuk bernafas..malam tadi hidung ummi tersumbat dua2 belah dan ummi hanya bernafas ikut mulut..mcm ikan..

ummi tak boleh tidur baring, tak boleh ngereng dan hanya boleh bernafas bila duduk..penyakit ni datang semula..adakah disebabkan debu bedak yang anak-anak main tadi..sememangnya naqi dan fawwaz memang kenakan ummi cukup-cukup malam tadi..cukup la siang ummi kena berlari kejar naqi yang mengamuk tanak balik taska, pastu masa ummi drive naqi buka pulak pintu..tindakan ummi untuk anak yang nakal ini ialah ummi meninggalkan naqi di tepi jalan..dan ummi terus memecut kereta laju..berpaling-paling budak kilang atas motor tengok ummi..ummi pecut sampai depan je, masa ummi nak gostan ummi nampak naqi tengok ummi dari jauh..dan budak cerdik ni bila nampak ummi kona kereta pergi ke dia, dia terus buat muka selamba dan macho pada hal ummi tahu anak ummi tu kecut perut jugak dan terkejut tengok tindakan ummi tinggalkan naqi di tepi jalan tadi..kenapa la ummi tidak sabar ..tapi naqi bagi ummi perlu dihukum sekali sekala..

ummi nak bawak naqi dan adik pergi rumah tok wan.itu je..kenapa naqi buat perangai..tok wan dah lama tak jumpa naqi..ummi bebel-bebel dalam kereta..kenapa naqi tanak dengar kata..naqi tak sayang ummi ke?nak ummi tinggal tepi jalan ni..naqi angguk..angguk pulak budak ni memberontak..biar anjing gigit naqi..adik nak tinggal tepi jalan ni? soalan kepada fawwaz..anakkk anakkk..akottt..fawwaz jawab setelah sekian lama diam faham ummi tengah marah dan ayong yang buat derrkkk dari tadi...dalam hati ummi apa la anak 3 tahun ni tahu..sampai rumah tok wan ummi citer yang berlaku..apa lagi kena bebel la dengan tok..kalau hang patah balik tengok dia tak de hang nak buat macam mana?ummi diam je..tok pasti akan bela cucu dia sambil tergelak-gelak tengok fawwaz buat moncong mulut dan aksi merajuk..fawwaz memang kuat merajuk..cukup la naqi jangan buat hal lagi..

so balik dan sampai rumah kita, naqi terus main dengan kaan-kawan pulak sedangkan ummi dah penat tahap pentagon dah sebenarnya..mujurnya fawwaz tak banyak karenah..namun apa yang buat ummi naik hangin ialah naqi masuk rumah acik hasbi dan amik motor Amat yang guna bateri tu..beratus harga tu..kalau rosak ummi tak ada duit nak ganti..ummi nak kumpul duit nak pegi London ni anak oii..ummi nak pegi untuk cari bahan tesis phd ummi ni..keadaan ini hanya berjaya dileraikan bila ayah balik..ummi dah tak larat dokong naqi dah dan yang pastinya ummi malu anak ummi masuk rumah orang dan main mainan orang..mujur acik hasbi tu baik..

apa lagi..ummi bertukar menjadi raksasa la bila masuk rumah..dengan keadaan naqi yang masih mengamuk naqi capai hanger dan pukul naqi..memang ummi menyesal tapi naqi perlu diingatkan supaya apa yang naqi buat itu adalah salah..ummi tak ajar anak ummi masuk rumah dan amik barang orang tanpa izin tuannya..ayah diam je sebab ummi dah pesan kalau ummi naik hantu ayah jangan tambah nanti psikologi anak terjejas..

naqi tak berenti di situ sahaja dan ummi sememangnya menangis semasa sujud di akhir waktu maghrib 1 Ramadhan tu..ummi memang menyesal pukul naqi tapi ya Allah kau Maha Mengetahui..ampunkan salah silap aku dalam mendidik anak..tunjukkan aku jalan dan cara yang betul..naqi mula bermain dengan bedak talkum brand Anakku..habis atas tilam putih dengan debu bedak dan rambut fawwaz jugak dah bertukar menjadi putih..dan hasilnya ummi bersin..ummi memang alah dengan debu..Dr dah pesan..jerawat yang naik kat muka ummi ni pun kata Dr akibat debu..ummi jadi sesak nafas dan tak boleh tidur..terima kasih ayah yang memahami..yang tolong urutkan badan ummi dan bangun masak sahur untuk ummi..sedap ayah masak..ikan kerisi goreng dan kailan ikan masin bersama nasi panas..bertuah ummi dapat ayah yang baik sebegini..terima kasih abang sebab memahami keadaan am..

ini la ujian untuk ummi membesar anak bujang ummi..ia bermula sebelum masuk 1 Ramadhan..sebelum syaitan diikat dia dah enjet siap-siap hormon jahat dia supaya ummi mudah marah dan hilang sabar..jentik kang baru tau syaitan ni..

ini catatan untuk anak-anak ummi naqi dan fawwaz..susah ummi menjaga kalian dan besar harapan ummi agar anak-anak ummi menjadi anak yang soleh..ummi sudah niatkan untuk infakkan anak-anak ummi ni di jalan Allah..mudah-mudahan susah ini akan diganti dengan doa kalian bila ummi di dalam kubur nanti..

Tuesday, August 10, 2010

Sogo Member Card Sale: Cukup la sekali ini..

nak ambik beberapa minit untuk merakamkan suatu pendapat dan pandangan..moga ia akan mengingatkan diriku dan dirimu..

last friday aku pegi ke sogo ada member card sale..agak terlewat al-maklum berkomuter slow macam siput sedut..bila la komuter ni nak upgrade kan..sesampai di Sogo..aku terkebil-kebil tengok orang membeli belah..rasa-rasa macam nak blah je..aku ni jenis yang tak boleh himpit-himpit dengan orang sebenarnya..tapi disebabkan dah sampai dan misi untuk dapatkan baju raya anak, baju raya suami, hand bag dan kasut raya aku, aku gagahkan jugak untuk masuk dalam suasana yang hiruk pikuk, kelam kabut, bau orang dan bau baju yng sangat tidak menyenangkan..

cukup la sekali ini..kikiki

aku gagahkan diri.capai mana yang boleh dan dapat la 8 pasang baju anak-anakku..sorang 4 pasang la kiranya..capai dan amik buh dalam bakul..aku pegi beratur dan bayar..habis dan selesai..tengok-tengok baju anak je dah RM400..adoiii..mahal sangat ke yang aku amik ni..kata sale..rupa-rupanya aku tak pandai tengok..betul la aku ni..yang tulis 70% aku amik la ingtkan harga yang dia tag tu ada less lagi rupanya memang itu la harganya..dah baju anak aku selai RM37.90..hai dapat kain 4 meter untuk baju ummi tu..pastu kebanyakan yang aku pilih yang kat rak dan gantung-gantung..memang la mahal..mungkin seluar je yang agak murah la sebab jeans dorang ni aku main amik je..aku lebih suka ke rak sebab aku malas nak berebut satu dan yang keduanya yang kat rak tu sebenarnya adalah trend terbaru..kalau yang longgok-longgok tu confirm la yang tahun-tahun bila sebenarnya..dah banyak kali aku pegi sale kat sogo yang bukan member card sale ni aku tengok pakaian tu jugak la yang dorang jual..aku buat kesimpulan Sogo ni akan bagi murah adalah pada barangan yang dah lama sahaja..out of date..yang new arrival tak kan la dia nak bagi murah..

lagi satu aku tengok orang yang membeli tu dorang amik dan buh dalam bakul lepas tu duduk la bersila tepi kaki lima melipat-lipat kain baju yang dipilih tu..aku ingat dorang akan beli semua tu..memang banyak la duit dorang kan tapi kata kawan aku masa dorang lipat-lipat tu la dorang pilih..yang dorang tak nak dorang akan longgok je tepi kaki lima tu..ada pulak yang akan pilih daripada longgokan reject di kaki lima tu pulak..sebab tu jugak kawan aku kata kena pegi awal sebab kalau lambat dah habis orang pilih bawak lari ke tepi..so bila kita nak pilih kat tempat jual tu dah tak ada dah baju-baju yang elok..pening kepala tengok orang yang ghairah macam tu sekali..

cukup la sekali ini..amik pengajaran ye amnah..dari bersesak-sesak dengan orang ramai lagi la baik pegi membeli belah dengan suasana yang tenang dan damai..boleh pilih dan fikir elok-elok sebelum membeli..boleh fikir tentang bajet supaya ia tidak over bajet..aku sangat mementingkan ketenangan diri..mungkin sebab nama aku amnah ni sendiri yang bermaksud ketenangan..hehe..lebih nampak!

Thursday, August 5, 2010

Ukur Baju Di Badan Sendiri

wah tajuk!

eh besaunya baju anak ko ni..ha ah..ni baju ayah dia dapat free..dah nak pakai jugak bagi je la..budak-budak memang macam tu..anak aku pun sama kalau dia kata nak dia akan pakai jugak mana baju yang dia nak..aku berbual dengan mak-mak kat taska anakku..

am..ko nak beli baju anak ko kena beli saiz yang lebih besar sebab biasanya budak ni cepat besar..kalau kau beli ngam-ngam nanti dia pakai sekejap je..o ye ke..akak memang buat gitu pada anak-anak akak..oo aku terlopong lagi..

tapi aku..

aku memang selalu ada view berbeza dengan orang lain..agak degil aku ni..bukan apa..kadang-kadang nak bagi 'terkena'dulu baru percaya apa orang cakap..biasa la manusia..ego kata kawan aku..hihi..tapi dun wori bebeh aku selalu cepat belajar dari kesilapan aku..

bukan ini yang aku nak bincangkan..kikiki..

teringat pesan ayah..hampa kalau nak beli baju anak ke kasut ke apa ke beli ikut saiz..jangan jadi macam tok-tok hampa dulu..macam aku dulu kena (korang baca ikut versi utara tau..ayah orang taiping) tok hampa beli kasut masa aku darjah 1, harap-harap kasut tu boleh pakai sampai darjah 3..besar konon-konon nak pakai lama..dah tu kasut besar sumbat la kertas ke apa ke..tapi sampai je darjah 3 hancur dah kasut tu..hampa jangan buat macam tu..beli je ikut saiz budak-budak tu..hmmmm..berbeza ilmu ni ikut pengalaman..

aku memang amik port apa yang ayah dan mak aku cakap..memang aku guna pakai..walaupun kadang-kadang macam boring je tapi aku tetap layannn mak ayah aku cakap..tapi bila diamati memang sangat benar apa yang mereka katakan..aku memang amik pakai..so bila aku nak beli baju anak aku akan ikut saiz umur dia..biasanya orang buat baju ni dah betul dah ikut saiz budak ni ha..kecuali anak-anak yang agak debab mungkin kita kena beli saiz yang lebih besar..untuk anak-anak aku, biasanya aku akan beli ikut saiz..dua hero aku ni tak ada masalah sebab badan mereka memang sedang-sedang saiz orang Malaysia..penah juga ikut ilmu beli saiz yang lebih besar, jenuh la aku melipat-lipat seluar budak-budak konon nak pakai lama..tapi bila sampai masa seluar pun dah lusuh..mula tak boleh pakai dan kita tengok pun tak berkenan nak bagi pakai..

baju atau pakaian ni memang akan lusuh sebab budak-budak ni akan lanyak betul-betul pakaian mereka..mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan ini tapi aku bercakap atas dasar pengalaman ciput membesarkan dua anak lelaki yang akhir-akhir ni selalu buat aku histeria!..lasaknya dorang..berpakat pulak kenakan aku..tensen sampai suami cadangkan aku amik maid/bibik sebab kesian tengok aku..tapi amik maid tu nanti dulu..aku boleh handle lagi setakat ni..

kadang-kadang kesian tengok budak-budak pakai baju besar ni..ni sure mak ayah dia (biasanya mak!) belikan saiz besar supaya boleh pakai lama atau tidak yakin dengan saiz yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar..jadi terlebeh-lebeh (ada ke word ni?) baju budak tu nampak bahu..kesian tengok..kikiki..

bab baju anak ni, aku selalu beli sebenarnya..mungkin sebab tu aku akan beli ikut saiz umur dorang..biasanya beli nak balik kampung atau ada apa-apa majlis yang kena elok sikit pakaiannya..aku ni boleh beli apa brand pun..brand Siam pun ok sebab aku yakin brand tak brand itu tak penting asalkan ada pakaian baru yang boleh dipakai anak..dan anak aku sangat gembira bila ada pakaian baru..sebenarnya anak-anak ni tak tau pun brand ke tak brand..mak ayah je syok lebih-lebih..mungkin lebih bangga agaknya..tapi kalau dah mampu apa salahnya kan?..ikut kemampuan dan poket sendiri..jangan sampai berhutang sudah semata-mata untuk berbrand..guna kad kredit itu berhutang namanya..

kikiki..esok Sogo Sale..nak shoping baju raya anak..pilihlah ikut saiz..

Thursday, July 29, 2010

Sesungguhnya Aku Bahagia..

Julai 2010 dah nak sampai ke penghujungnya..banyak yang berlaku dalam Julai ini..pastinya ulang tahun aku yang ke4..aku dibius cinta..hahaha..(suami aku tak kasi aku cover pasal anniversery ni..kata dia tanak satu dunia tau kisah kami..ok la bang..i follow...)so terpaksa titik...

sesungguhnya aku dibius cinta..hahaha..nk ingkar la tu..

memang banyak yang berlaku dan banyak sangat yang aku nak tulis dalam blog ni..aku tengok kucing pun aku rasa nak taip sesuatu tentang kucing..kikiki..tapi disebabkan beberapa tuntutan aku terpaksa biarkan blog ni sepi..pasal mavi marmara pun aku amik masa yang lama untuk menulis..alhamdulillah aku selesai buat liputan walaupun aku rasa ia bukan paparan yang baik tentang mavi marmara tu..banyak sangat dalam kepala ni..yang pastinya berkenaan PhD aku sendiri..

sesungguhnya aku bahagia..

mana tak bahagia beb..bab 1 aku dah siap..walaupun belum diedit sepenuhnya oleh my lovely penyelia tu tapi sekurangnya dia terima bab 1 aku..nanti akan ada la penambahan dan pengurangannya..syukur..walaupun tersasar 2 minggu dari tarikh yang aku jangka..aku selesai juga dan hantar sebelum Ogos menjelma..bagi aku membeli kepercayaan seseorang sangat penting..cara nak beli ialah dengan kita lakukan yang terbaik..in sya Allah bila orang dah mula percaya pada kita langkah seterusnya akan lebih mudah..sebab penyelia tu juga adalah manusia..so jangan takooottt sangat ye amnah! hahaha..mana tak takooottnya..sebab hantar lambat..hehe..rasa macam budak dajah 1 je..sejuk kaki tangan..

yeahhh aku bahagia..

so apalagi sebab dah berjaya hantar bab 1 aku raikan diri sendiri..tak masuk ukm ke hari ni? suami aku tanya..tak..ummi nak rehat..sakit otak nak siapkan keje baru ni..ok..jom kita pegi makan...kat mana? warta nak? abang nak makan beriani kambing..tapi pastu nak g sekoloh terus..okeh tunggu ummi siap..maknanya dia pegi dengan motor aku pegi dengan keta..ni memang rutin kami..sibuk macam mana pun aku akan luangkan satu pagi untuk berdating dengan suami..anak tak leh ikottt ok..anak hantar taska awal-awal lagi..tak leh kaco ayah ummi dating hehe..kuar jalan-jalan..(pegang-pegang tangan ..gelenyarsss!)..makan sama-sama..biasanya dekat-dekat je..padan la dengan duit kami yang ciput ni ha (cessss!)..tapi alkisahnya sampai warta aku tak makan pun..tengok beriani mamak tu sebenarnya tak lalu (syyyyy tak cakap pun kat tok laki aku ni ha..sebab tengok dia excited sangat dengan kambing tu)..jadi teman je la..sebek tengok orang makan..hehe..ok dah tu asalkan kami boleh bersama..memang gelenyarsss...hehe

ok la..nak sambung keje dah..ada lagi yang berlaku dalam julai baru ni..nanti aku kongsi..

sesungguhnya aku bahagia..terima kasih Tuhan atas nikmat anugerah perasaan ini..aku akan nikmatinya sebaik mungkin kerana setiap yang kau beri yang aku lihat baik atau buruk adalah yang terbaik engkau berikan padaku..terima kasih ya Allah..

Friday, July 23, 2010

Mavi Marmara; Episode 3

Doktor Norazaman seterusnya bercerita tentang GAZA..kenapa la Gaza ni femes sangat eh..

DN berkata, hanya orang yang beriman sahaja akan rasa kita perlu dan wajib bantu Gaza kerana Gaza adalah nadi kekuatan Palastin..rakyat Gaza semua berjuang tidak kira lelaki atau perempuan..Dn menambah ada ulama said..ramai kita yang sukar untuk shahadah kerana tidak hiraukan saudara kita di palastin..tanggung jawab kita sepatutnya untuk sama-sama membantu rakyat palastin.. sekurangnya titip la doa untuk mereka..

DN terus bercerita keadaan dalam Mavi Marmara apabila diserang oleh komando Israel..memang komando tu tak ada belas kasihan langsung..makan arak banyak la tu..geramnya nak jentik..Dn bercerita keadaan yang gelap gelita menyebabkan mereka sukar untuk bergerak..apabila komando masuk mereka telah dikumpulkan setempat dan komando ni mencari senjata yang dikatakan dibawa oleh konovoi Mavi Marmara ni..apa yang jumpanya adalah tak silap 8 bilah pisau sahaja..ye la pisau dalam dapur nak guna untuk memasak..tak silap aku mavi marmara ni ada banyak dapur..ye la 5 tingkat tu beb..besau kapal tu macam titanic..ngok betul la israel ni..nak lawan dengan yang bukan lawan dia sebab tu la nampak macam menang..

komando tersebut adalah Yahudi Israel berkulit hitam (macam negro) dia menangkap salah seorang ahli dalam mavi marmara tersebut dan bertanya do you like Palastine sambil pistol dia ada kat kepala (rasa-rasa korang korang akan jawab apa?) tapi konvoi yang ditanya ini menjawab dengan iman..yes i do..yes i love palastine..syahid la seorang ahli konvoi ni..DN masa tayangan slide ada tunjuk gambar saudara kita yang terpilih untuk syahid ini...DN kata orang yang syahid ini ialah yang tidak penah tinggal sunat tahajud setiap malam ditambah dengan dia yang akan gerak semua orang untuk solat tahajjud (Allahu Akbar!).. dia yang akan cuci tempat-tempat yang kotor dalam kapal tersebut..dan makanya dia terpilih untuk syahid..DN kata orang yang join konvoi ni dah dibrainwash atau dah melalui banyak saringan..kebanyakan (barangkali semua) mereka sudah tidak hiraukan nyawa kerana hendak mengejar syahid..so bila tengok kawan mereka mati mereka menjadi sedih..bukan sedih sebab orang tu mati tapi sedih kenapa bukan mereka yang terpilih untuk syahid..besar pahalanya..aku pun nak..DN menambah setiap seorang mereka sudah berwasiat bahawa sekiranya mereka mati jangan dibawa mayat mereka pulang ke tanahair dan mesti tanam mereka di mana mereka mati..kalau mereka mati atas kapal maka buang sahaja mereka ke dalam laut..hebatnya ahli konvoi ni..memang patut DN kata ini bukan misi sebarangan..ini adalah intifada ke3! pergi dan bersediauntuk syahid..Allahu Akbar sesungguhnya aku msh jauh lagi untk sampai di tahap ini..

DN kuat mengingatkan aku dan pendengar masa tu supaya boikot yahudi..boikot la barang yahudi..bantu la Gaza aka Palastin..walaupun kelihatan seperti tidak lengkap ceritanya berkenaan perjalanan konvoi ini (sbb kekangan masa ni sebenarnya..nak rush untuk jumaat..2 jam tak cukup untuk mendengar!) tapi bagi aku yang mendengar sedikit sebanyak aku tersedar bahawa aku masih jauh daripada apa yang patut aku lakukan sebagai seorang Muslim..patutnya paling tidak aku membantu dengan tenaga fizikalku, aku patutnya titipkan doa dalam sujudku..YA Allah ampunkan aku, aku hambaMu yang lemah..akan kuusahakan untuk itu..mudah-mudahan syurga itu layak untukku kerana aku sentiasa ingat kepada saudara-saudaraku..

boikot yahudi, titipkan doa untuk saudara kita di Palastin, bangunkn ekonomi umat Islam..dan sampaikan walau satu Aayat..

Mavi Marmara; Bangkitkan Intifada ke-3

entri ini adalah sambungan pengkisahan Mavi Marmara..

Dr Norazman yang merupakan ketua konvoi Mavi Marmara terus berhujah dengan semangatnya..setiap satunya aku catat untuk aku tahu perkembangan ini..tuan-tuan dan puan-puan konvoi ini merupakan intifada ke-3 (alamak yg pertama dan kedua bila..sungguh la aku ni mudah lupa..Melayu mudah lupa kata Dr M..) DN terus menyambung bahawa intifada yang pertama adalah pada tahun 1987..(mujur cerita kalau tak jenuh la orang acam aku ni..hikhikhik..jahil dengan peristiwa yang timpa umat Islam sendiri)..

pada 1987- bermula dengan kematian 3 orang palastin..nampaknya orang palastin yang sudah lama bersabar telah mula bangkit..ketika ini yang bangkit adalah anak-anak muda mereka. mereka mula mengambil batu dan baling ke arah tentera Israel..semua bangkit termasuk ibu muda, anak-anak kecil dan seluruh warga Palastin yang akhirnya membawa kepada kematian 600 rakyat Palastin..balingan batu ini dibalas oleh snipper mereka dengan peluru hidup..bayangkan batu vs peluru hidup tapi batu yang diserta dengan niat dan laungan Allahu Akbar telah semakin menyemarakkan semangat rakyat Palastin.. pada 1987 ini seluruh dunia bangkit menyelar Israel..Israel ketika ini berada dalam keadaan tersepit..

pada 1993-perjanjian Oslow telah berlaku (ni sah2 org tak suka sejarah akan scroll down ni..korang kena baca..sbb wajib atas korang kena tahu sejarah umat Islam ni..jangan asyik syok dengan dunia kita sendiri!) ketika ini Israel terpaksa tunduk melalui Us dan keputusannya Gaza dan Tebing Barat (xsilap aku ni..tk sempat tulis) terpaksa dipulangkan kepada Palastin semula..(sape la yang bagi kat dia entah yang nak kena pulanhg2 ni..sabau je la Israel ni kan?)..

pada 2000-(yg ni aku sempat salin skt je)..Israel buat onar semula..satu peristiwa yang dinamakan Maxelette in Journey (tatau btl ke tdk eja ni)..peristiwa di mana tentera Israel tangkap dan bunuh orang Palastin dengan memasukkan pasir ke dalam perut dan menyebabkan ramai wanita, remaja, kanak-kanak dan orang tua yang terbunuh..(gile!)

pada 2000-Intifada ke2 telah bermula..di seluruh Palastin..ini disebabkan Yahudi menghalau keluar orang yang sedang solat di dalam Masjid al-Aqsa dan mengatakan masjid suci tersebut terletak di bawah tanah Israel..ramai yang kena bunuh da masuk penjara..

pada 2005-Rakyat palastin menang-orang Israel diperintahkan untuk keluar dari Gaza walaupun dah 38 tahun mereka tgl senang lenang kat Gaza..(padan muka dorang kan..tp perkara ni buat mereka semakin jahat sebenarnya..)

dan 2005-juga bermula pembinaan tembok-tembok kematian..

2006- pilihanraya bebas disaksikan Jimmy Carter (Presiden US) menyaksikan HAMAS menang besar kerana HAMAS tidak sokong dan tidak iktiraf negara Israel..keadaan ini membawa kepada sekatan makanan Palastin untuk mula menyeksa rakyat Palastin..

2007- perjanjian damai fatah -HAMAS di Makkah serta mereka berdamai demi kesejahteraan Palastin. tetapi Israel ngok ni mana boleh tengok orang berdamai baik-baik ni..mereka seterusnya mula merancang untuk melihat orang bergaduh..Israel mula merancang pembunuhan dan permusuhan..anak Ismail hanyeh telah dibunuh n menyebarkan fitnah bahawa yang bunuh adalah golongan Fatah..Ismail hanyeh dan HAMAS bersabar namun akhirnya yahudi laknatullah ini berjaya juga lcipta permusuhan antara HAMAS dan fatah...

2008- Israel lancarkan perang paling besar di dunia.. perang di GAZA pada Dis 2008 hingga awal Jan 2009 selama 23 hari..

  • ketika ini semua senjata digunakan seperti bom berangkai (sejenis bom yang bila meletup kat atas pastu turun ke bawah dan kalau kena kulit, kulit akan terbakar sampai ke isi (jahatnya jahatnya jahatnya...)
  • Israel menggunakan semua senjata yang dimiliki (pastinya canggih dengan pertolongan US) ..
  • 1.5 juta kg bom digugurkan di atas GAZAdan bercadang untuk kuasai GAZA selama 24 jam sahaja..tetapi...Mahasuci Allah yang Maha Melihat
  • lebih 23 hari mereka menyerang GAZA dan hajat untuk hancurkan 50% GAZA namun 23 hari itu hanya menyaksikan 1700 orang sahaja yang gugur syahid (Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!)
  • lebih 24 hri sehingga sekarang komanda Israel tidak boleh masuk ke GAZA..byangkan kawan-kawan kan..Allah Maha Membantu kita..segala puji bagi Mu ya RAbb..)

akhirnya 5 Dis 2009. bergabung NGO lebih 20 negara seluruh dunia untuk membantu palastin dan ini lah dia bermulanya Intifada ketiga...

Friday, July 9, 2010

Mavi Marmara; Pengalaman Mendengar Yang Menginsafkan

uhuk..uhuk..uhuk..maafkan saya..Dr Norazman Shamsudin memulakan bicara..batuk lagi dan lagi..saya perlu minum air..selalunya saya jarang minum bila bercakap..tapi sekembalinya dari Gaza ni saya perlu minum air..kemungkinan arsenik dalam tubuh saya tinggi...(haaa..aku terlopong..arsenik ni bukan racun ke..glamer masa zaman Anwar Ibrahim ni..)saya ingatkan batuk biasa ni dan mungkin sebab banyak bercakap..tapi ada seorang konvoi kita yang dah confirm ada arsenik yang tinggi dalam badan..Israel masukkan dalam makanan yang diberi kepada kami..(haaa aku terlopong lagi..takooottt..)..konvoi dari Indonesia sudah confirm ada arsenik yang tinggi dan saya akan mohon bantuan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia untuk siasat perkara ini..sambil masih batuk batuk lagi..(ngeris mak!)..

Dr Norazman merupakan ketua misi Bantuan Gaza baru-baru ni..dia glamer kat Malaysia setelah kapal Mavi Marmara kena tawan dengan Israel Zionis ni..sebab apa aku cakap macam ni..sebab Malaysia tidak buat sebarang liputan berkenaan siri bantuan Gaza ini..hanya saat akhir sahaja Astro Oasis dan TV3 hantar wartawan yang memang terkulat-kulat dengan misi ini yang sememangnya bertaruhkan nyawa..ingatkan misi biasa kata wartawan tersebut..sedangkan wakil-wakil NGO yang sertai misi ini sememangnya sudah bersedia fizikal dan mental kerana...kerana apa? memasuki Gaza sebenarnya memasuki ruang dan medan bertemu polis dan tentera paling kejam di dunia ini...memasuki gaza is berhadapan dengan makhluk yang dicatatkan dalam al-Quran sebagai makhluk yang sentiasa merancang untuk memusnahkan manusia yang bukan sahaja umat Islam tetapi seluruh makhluk selain bangsa mereka..berhadapan dengan makhluk yang hatinya lebih jahat daripada binatang..dan bertemu makhluk yang menyebabkan huru hara atas muka bumi ini..

Dr norazman terus berkongsi cerita bagaimana seorang sukarelawan Turki yang ditangkap Israel hidup-hidup yang didakwa merancang untuk membuat serangan..pada hal mamat tu sukarelawan..mana ada gaji pun..dah nama sukarela..berkhidmat untuk msyarakat dan bangsa..dan akan rasa puas apabila suara didengar..dan akan rasa lega apabila masyarakat terselamat..ini yang banyak didokong dan dibuat oleh NGO..badan bukan kerajaan yang mempunyai misi tersendiri dan kebiasaannya adalah untuk keselamatan dan keamanan sejagat..aku sendiri sangat berminaat dengan NGo tapi masih belum berkesempatan untuk join mana-mana O lagi.. Dr Norazman berkongsi apa yang ditegaskan oleh mamat Turki tu..punca segala kerosakan atas dunia ni adalah dari Israel/Yahudi..kalau dapat musnahkan negara Israel ni nescaya akan selamat la dunia ni..(jadi lagi takut sebab apa..kalau ini berlaku bermakna kiamat sudah hampir benar dengan kita..Allahu Akbar!)..

jahatnya Israel dan Yahudi ini bukan setakat askar atau polis dia sahaja..askar dia akan guna peluru hidup..yang betul..peluru yang bila dilepaskan picu bukan setakat tembus tulang tetapi apabila masuk ke dalam tulang..peluru itu akan pecah dan menghancurkan tulang-tulang tersebut..(huhu!) kata Dr Norazaman..sape yang kena tembak memang akan dok dim situ sahaja, tak boleh bergerak sebab kalau bergerak seakan tertinggal kaki kat situ..sakitnya hanya Allah yang tahu..

jahatnya Yahudi Israeal..bukan setakat polis je jahat tetapi Doktor perubatan dorang jugak jahat..konvoi-konvoi yang cedera ini akan mereka rawat..tapi mereka rawat tanpa belas kasihan..mereka akan buat pembedahan untuk keluarkan peluru tanpa bius..bayangkan Ya Allah tentu sakit yang amat kan..so luka yang sikit dan kecil apabila dibuat tanpa bius akan jadi semakin besar dan merebak..pastu Dr yahudi ni akan jahit macam jahit guni itu sahaja..jauh sekali seninya dan pasti sangat sakit sebab tanpa bius..huhhh!memang sakit la kan konpem..Dr yang dah sign untk selamatkan manusia dan selamatkan nyawa tetapi sebab dia Yahudi dan dok kat Israel semua nilai kemanusiaan itu sudah lenyap..jahatnya Yahudi..kenapa tak bunuh je kalau dah sakit hati sangat kan..bagi mereka bunuh 9 orang (syuhada') sudah cukup memalukan..ni kes sebab dunia bagi tumpuan..Israel said mavi Marmara n the geng kapal2 tu bawak senjata sedangkan mereka bawa makanan, bahan binaan, mainan selain semangat dan rasa kasih orang luar kepada Palastin..

kemudian..semua sukarelawan ditawan dan dipindahkan dari kapal turun ke satu tempat (den tak ingat nama..) so di situ bermula penderitaan para sukarelawan..mereka dipijak..diacu senapang tidak diberi makan dan minum 24 jam serta tidak diberi peluang untuk buang air besar ataupun kecik..jahatnya Israel..mereka culik sukarelawan di perairan antarabangsa-masukkan mereka ke dalam penjara tanpa salah-dan bebaskan mereka tanpa sebarang perbicaraan..ini yang dikatakan Yahudi Israel..yang boleh buat apa yang dorang suka..jahatnya Israel..di sini Dr Norazman tegaskan..kejahatan yahudi bo merebak..dan mungkin akan sampai ke Malaysia..sebab buat sesuka hati tanpa perbicaraan n suka hati mak nenek dia..so orang lain pun boleh tiru cara dia ni..mungkin kuasa Israel tak sampai ke malaysia tapi mungkin Singapore atau Thailand boleh tiru cara Yahudi Israel ni..boleh buat sebab tak ada hukuman..kalau Israel boleh buat kenapa kita tak boleh buat..

Israel yahudi ini memang akan hancurkan Islam..itu matlamat mereka..apa caranya..1. adalah dadah..kata DN (Dr Norazman)..walaupun negara kata buat ancaman kepada dadah..tapi dadah tetap berkembang..di Malaysia, setiap setengah jam akan ada seorang penagih baru..dan statistik said ada 17 ribu penagih baru setiap tahun..risau kan..tapi jahatnya Yahudi..ni belum lagi kira ubat-ubatan yang kita makan..pastinya ada dadah kan..belum lagi makanan..yg glamer kfc, mcD n Pizza hut..hiburan...tengok movie, tak pegi wayang anggap ketinggalan dan macam-macam lagi yang disusun yahudi untuk rosakkan ummat manusia khususnya umat Islam..ini antara kita sedar dan tidak sedar..kalau sedar pun kita akan kata..alah apa la sangat dengan aku sorang yang boikot yahudi ni..tak beri kesan pun..payah wooo kfc spicy tu sedap..sedappp hingga menjilat jari..jari apa?jari kaki? hah!

justeru wajib kita BOIKOT Yahudi..kata DN, Israel sekarang sangat tertekan sebab apa sekarang dunia sudah mula menekan mereka..atas desakan dunia mereka terpaksa kendur untuk terus mengetuk umat Islam..dalam misi Gaza baru ni kata DN ada yang sangka orang tu mati dan ada yang kata orang ni dah syahid..so berita ni katanya dah sampai ke malaysia..so anak-anak sukarelawan menyangka siapa pun yang mati itu adalah bapa mereka..dah diceritakan ada anak-anak sukarelawan yang bertanya kepada ibu saudaranya..boleh tak saya nak bagi tau semua orang, sape yang beli barang Yahudi ini mereka adalah pembunuh ayah saya..sehingga begini jiwa anak-anak sukarelawan ini..tegas dan gagah seperti ayahanda mereka..

ya benar tanpa kita sedar..barangan Yahudi yang kita kata kecil sahaja kalau kita boikot itu adalah imbuhan yang digunakan untuk membeli bahan letupan, snjata, peluru berangkai hatta pendapatan itu digunakan untuk menyara hidup mewah tentera Yahudi yng kejam dan jahat itu..kita rasa boikot ni macam simple..pastu kalau di Malaysia ni biasanya boikot bermusim..pas senyap satu bab serangan..kita serbu semula McD tu..tak pun kalau malu nak masuk tapi teringin nak makan kita beli Drive Thru..betul kan...(ni cakap pada diri sendiri juga!)..

dalam al-Quran dinyatakan bahawa Yahudi itu musuh no satu bagi umat Islam..namun mereka PASTI kalah..PASTI..

DN menyambung lagi..dalam kitab talmut (Kitab Yahudi) ada dinyatakan setelah 76 tahun (tahun ikut bulan macam hijriah Islam) penubuhan negara Israel..negara Israel dan orang Yahudi akan musnah..ini diberitakan dalam kitab mereka..dan ketika penubuhan negara Israel pada 1948 itu, oarng-orang tua yahudi (yang alim-alim agaknya) menangis..so ditanya kenapa kamu menangis sepatutnya kami orang Islam ini yang menangis..kata mereka..kami menangis sebab kita Talmut bagitau setelah 76 tahun penubuhan negara Israel ini ia akan musnah..so para penyelidik mengkaji..bukan setakat kita yang Islam kaji tetapi pihak di sebelah sana turut mengkaji..justeru tolak campur darab bahagi dijangkan 2022 negara Israel akan musnah...Allahu Akbar! Allahu Akbar Allahu Akbar!

mungkin keadaan ini yang buat negara Israel usaha keras untuk menguasai palastin yang mereka dakwa sebagai negara darah mereka..yang mereka agungkan sebagai tempat nabi mereka..mampus la ko Yahudi..

DN menambah..jika benar ini berlaku berlaku DN yakin pada 2018-2019 akan berlaku perang besar dalam dunia ini yang akan membawa kehancuran negara Israel..berdasarkan statistik yang dibuat oleh CIA-anggaran 3 juta orang Yahudi Israel akan berpindah ke Eropah dan USA (dan mungkin Malaysia yang aman ini!)..kerana muda mudi yahudi sekarang sudah penat dengan perang..mungkin semangat penubuhan Israel ini didokong kuat oleh tok nenek dorang tapi bila sampai kepada anak cucu ini semangat untuk meluaskan empayar Israel sudah berkurang..bukankah iman itu tak dapat diwarisi..DN menambah berdasarkan pemerhatian ke atas wajah-wajah tentera dan polis Israel dia tahu mereka tidak serius..tidak bersemangat dan bersikap sambil lewa..ini next generation yahudi..sepertimana kita bimbangkan generasi umat Islam yang lagha sekarang ni sudah pasti Yahudi yang sentiasa melihat jauh ni akan dapat mengesan situasi tidak serius pemuda pemudi mereka..ini adalah janji Allah..bangsa Yahudi akan hancur!....

bersambung...

Thursday, July 8, 2010

Talkin Pertama

satu petang yang agak nyaman di Vista Emas @ Bangi..teettt mesej baru Dr Dian Darina..ayah kak cuji meninggal eksiden. nak pegi ziarah tak?

aku try call Dian..yang angkatnya si Dini..mummy tengah solat..aper..aper..mummy tengah solat..ooo tak pe la nanti aunty call semula ye..aper..aper..errr..ok..klik..

call lagi..bila meninggal..baru je tadi..eksiden jatuh gaung katanya kat Maran..so kita nak pegi ke? ok juga..apa-apa hal update la..ajak kak shima dan kapitan sekali..(ni semua geng ketat kami)..wokeh roger (bahasa orang kem Sg Besi)..pastu baru terlintas tak minta izin suami lagi ni tapi dah set dengan member nak kuar esok..pegi Temerloh pulak tu..errr (ni kesalahan yang biasa dilakukan dh set time baru minta izin suami..sepatutnya sebagai isteri apa sahaja pun kena minta izin terlebih dahulu..baru la plan..) kata member ketat..ehh memang terlintas masa plan tu..biasanya serentak..errrr (alasan dan jawapan selamatkan diri..sebab walau apa pun kena minta izin suami dulu baru boleh plan keluar atau nak buat apa sahaja )..bukankah kau tu isteri Puan Amnah..emmm abang, ummi nak pergi Temerloh esok boleh? ayah kak cuji meninggal..eksiden jatuh gaung katanya..nak pegi dengan sape? Dian..ha..ok..dengan kete mana? dengan kete dia kot..kete kita ni sempoottt..nak kena masuk bengkel ni..okeh..set! suami kenal kak cuji dan Dian..kenal sangat kak cuji sebab kak cuji penah tegur dia masa beli nasik lemak..cepat je bila balik rumah cerita ada orang pempuan ngorat dia..naik kembara..WLJ tak silap..ala keta kak cuji tu..tak yah temberang ummi ok!..pastu kenal sangat kak cuji sebab kak cuji rajin masak dan hantar makanan ke rumah kami..sesungguhnya aku sangat bertuah dapat kawan macam kak cuji..bukan setakat baik tapi selalu hanto makanan ke kome..i likeee...Dian pulak suami kenal sebab anak my Boss..Tn Haji Daruis yang banyak berjasa pada aku..akan aku ingat dia Dunia dan Akhirat..Dian tak lama lagi dapat Dr..dia pun pandai masak..dan terer buat kek..sedap-sedap pulak tu..bila la aku nak terer masak macam dorang ni..

melalut..

tapi bermanfaat kan..hikhikhik..

so kami plan untuk gerak Jam 9 pagi..kami sebagai kawan ketat kena pegi ziarah..setidaknya kalau tak dapat tengok arwah kita dapat jumpa keluarga..dan paling penting dapat membahagiakan hati kawan kita yang baru kehilangan ayah yang tercinta..selepas terima mesej Dian dan berita ini, aku jadi terdiam seketika..aku ada ayah dan mak lagi setakat ni..banding suami ayah dah tak ada..aku sendiri pun tak penah kenal ayah mertuaku sebab arwah dah meninggal sebelum aku berkahwin lagi..penah la jumpa sekali..(zaman bujang dan gatals!..haha..masa tu konvo aku dan suami..arwah mertua ada datang nak tengok anok jate dia konvo..so amik kesempatan nak kenen2..nak teckle anak kena teckle mak bapak dia dulu orang kata..masa tu kiranya dia (suami) kenal keluarga aku dan aku kenal keluarga dia..)..so berita ni buat aku terkesima..macam mana la kalau berita ni aku yang terima..banyak dosa dengan ayah sebenarnya..bukan apa banyak sangat yang tak puas hati katdia..ni la orang muda, darah muda, banyaknya yang tak kena pada kita..macam la kita ni betul sangat..kena tegur sket dah mula tarik muka 14..pada hal semua tu banyak yang betul daripada yang tak betulnya..teringat kawan kata..ko berjasa la masa dia ada..nanti dah tak ada baru ko nyesal Amnah..errrr..takutnya...takut sangat..kalau la berita itu kepunyaan aku..tak dapat bayangkan..so set masa hari khamis mesti pegi rumah mak ayah bawak sekali cucu-cucunya yang macho ni..

sesampai di Temerloh walaupun terlajak sampai ke Hospital Temerloh..kami segera ke Tanah Perkuburan..mayat dah tanam pun masa tu..rumah kak cuji tepat dan betul-betul depan Sungai Petang..gerun kome weh..kata Dian jangan tengok..jangan tengok..memang seriau giler..sebab jalan sempit..bawah tu ada sungai yang luas..waduhh!..

Dian..ni kali pertama saya dengar talkin ni..saya pun sama Amnah..sebelum ni banyak sangat halangannya..rezeki kita kali ni..walaupun aku ustazah..banyak jugak kematian yang aku hadapi tapi tak penah berkesempatan untuk dengar talkin..begitu jugak dengan Dian..kami dengar mungkin dah separuh masa tu..tapi...

tapi ia cukup mengharukan..lihat di sisi kak cuji yang kesedihan..aku jadi sedih..tapi ingat pesan orang tua jangan menangis di kuburan (katanya nanti mayat pun sedih sama) dan ajaran Islam sendiri menegah kita meraung-raung di kubur..ia seperti meratapi..Islam melarang keras kita meratap kematian tambahan lagi dengan raungan dan esak tangis..aku sdaya upaya menahan sedih..dan bacaan talkin itu cukup menyentuh kalbu..

ya sungguh la..talkin itu untuk ingatkan orang yang hidup..yang sudah mati..yang berada dalam kubur sudah berhadapan dengan urusannya sendiri yang kita tak tau bagaimana bentuk dan parasnya..sesungguhnya alam kubur dan barzakh itu sesuatu yang tak dapat kita bayangkan dengan mata kita..pengetahuannya adalah milik Allah..kita boleh menggambarkan begini dan begitu tetapi selebihnya adalah milik Allah..

wahai hj Ramli..apabila kau ditanya,,maka jawab la itu dan ini..tok imam membacakan soalan beserta jawapannya..soalan bocor yang sudah kita ketahui sejak zaman sekolah rendah lagi..tapi apabila kita 'di sana'adakah soalan bocor ni kita mampu jawab dengan lancarnya..aduh...aku menahan rasa..takutnya,, macam mana la aku nanti kan..sambil mengerling ke arah kubur sebelah aku (buat lawak jugak..best gak dah ada jiran dah kubur ni..sempat lagik!)..

siapakah Tuhan kamu..jawab la Allah
Siapakah Imam kamu..jawab la Rasulullah Muhammad
Apakah Kitab kamu..jawab la al-Quran
Apakah agama kamu..jawab la Islam..

satu lagi tak ingat soalan dia apa..ada 5 kan?

siapakah saudara kamu..muslimin dan muslimat..(ni ke soalan ke5?)

semua soalan bocor..dah tau soalan dan siap pekej jawapan..tapi belum tentu akan dijawab dengan sempurna sebab ketika ditanya nanti yang menjawabnya adalah iman kita sendiri..aku jadi lagi gusar..adakah aku mampu menjawab soalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nankir nanti..macam mana rupa malaikat tu kan..mesti masa aku tak boleh jawab nanti dia tenung aku dalam...maakkk takut..Ya Allah selamatkan aku dari azab kubur..aku terus berdoa..

Talkin diteruskan..

sehingga la selesai bacaan al-fatihah dan doa..kali ni aku niatkan betul-betul al-fatihah ni buat arwah ayah kak cuji..special untuknya..mudah-mudahan dia selamat di sana..mudah menjawab soalan dan terang kuburnya...

sabda nabi: apabila matinya anak Adam..yang tinggal hanya la 3 perkara..1. anak yang soleh yang mendoakan 2. amal jariah 3. ilmu yang bermanfaat..

jadilah ibu bapa yang soleh..in sya Allah kita akan dapat anak yang soleh..beramal dengan ilmu yang kita dapat..bantu la muslimin dan muslimat..buat la kerja seikhlas mungkin..serta beri la apa sahaja ilmu selagi ia bermanfaat..kongsi la ilmu itu supaya dengan berkat ilmu bermanfaat itu kita semua akan senang 'di sana'....

Thursday, July 1, 2010

Kisah Adik Luqman, Naqiuddin & Air Panas

28 Jun 2010

teett...

huda da sweet:

salam kak am. anak adik uda kena air panas. 80% melecur. dia kat ICU tengah kritikal. doakan supaya luqman cepat sembuh, selama dan kuat ye..

salam. insya Allah..macam mana boleh jadi macam tu uda?

dia duk dalam walker. pastu opah huda letak kettle yang letrik tu atas iron board. pastu lugman terlanggar iron board. kettle jatuh tumpah betul-betul atas dia. sedih sangat kak am tengok keadaan dia menahan sakit. dia kecik lagi. baru 9 bulan..

Ya Allah. sedih dan takut. tingat naqi kena dulu. sikit je tapi parut sampai sekarang. uda dan famili jangan tinggal sunat hajat. insya Allah ok tu. Luqman sedar ke tidak sekarang? mudah-mudah ok. benda nak jadi ni. ujian.

alhamdulillah dia sedar. tapi dia terbaring je. tahan sakit kot. sedih sangat tengok dia muka dan badan bengkak-bengkak..

insya Allah tak ada apa tu..suh sape-sape baca selawat nabi ibrahim. mudah-mudahan badan dia jadi sejuk macam api yang bakar nabi Ibrahim. kak amp pun sedih. tau macam mana sebab naqi penah kena dulu. uda pun kena kuat semangat. bagi semangat pada adik dan family uda. ingat ni sebagai ujian. ada hikmah semua ni..

tq kak am..

29 Jun 2010

salam uda macam mana luqman?

semalam tengok dia alhamdulillah stabil. sok baru boleh tau keputusan. harap-harap semuanya ok..

alhamdulillah..uda cuti ke?pastu kulit dia macam mana? mbe ada gel yang dijual untuk hilangkan semua tu..mudah-mudahan ok..kuatkan semgat..

semalam kat muka kulit dah jadi warna hitam. dah kering kot. tapi yang risau kat kaki dia warna putih tak merah. esok kalau sama kena operate. sedih tengok dia kak am. mengek je. sakit la tu. pastu dia tak boleh minum susu banyak. 1 oz je. dia jenis kut makan. huda tak leh tengok. mesti nangis..

fuhh kak am pun sedih..tak pe la kuatkan semangat..adik kak am penah kena tapi masa tu ayah kak am baca doa apa ntah ok dan tak jadi apa-apa..pada hal adik tu tuang sendiri atas badan dia..ayah kak am dah lupa ayat apa yang dia baca. pastu sepupu pun kena, terpaksa ambil kulit paha untuk tampal kat dada..apa pun insya Allah selai dia bernafas kita kena bersyukur. uda kena kuat semangat..kalau uda lemah adik uda lagi lemah..

tu la..huda memang tak nak nangis depan dia. sebab tak nak dia lemah. tapi huda faham perasaan ibu. huda mak sedara luqman pun sedih. apatah lagi ibu bapa. dah la 3 tahun lebih baru dapat anak. ni semua dugaan kan kak am. time kasih kak am bagi semangat dekat huda.

sabar banyak-banyak..ujian ni..kita sama-sama ambil iktibar. memang eksiden ni tak boleh jangka. ada la tu Allah nak susun apa-apa. mungkin untuk dekatkan diri kita yang dah lama jauh dariNya..sabar banyak-banyak..

30 jun 2010

salam uda. macam mana luqman?

luqman kena operate sok. daging kaki dan leher warna puteh. daging dah mati kot. so kena buang daging-daging tu. doakan yang baik untuk luqman ye kak am..

insya Allah tak apa la..biar Dr buat semua tu.. kita berdoa jangan tinggal..kak am paste gambar luqman kat status kak am..
ok tq kak am..

1 Julai 2010

salam kak am. mohon doakan semoga Muhammad Fahmi Lokman selamat menjalani pembedahan dan dijauhi dari halangan dan dipermudahkan urusannya. Ya Allah selamatkan Fahmi Lokman dan semoga cepat sembuh. pembedahan pukul 7 a.m. dia kekurangan darah sekarang. doakan ye..

insya Allah uda..kak am doakan luqman selamat dan sihat. nanti kak am update dalam FB kak am. kuatkan semangat. minta adik huda pegi buat sunat hajat masa operate tu. doa ibu ayah pling mustajab untuk anak-anak..
ok tq

salam. camne uda. dah siap ke operate?
belum lagi..tadi Doktor cari urat dia tak jumpa. nak masukkan darah. skarang kat bilik operate lagi..

O ye ke, jangka lama mana operate? uda kat mana ni?doktor kata 1 setengah jam. tapi tadi nak cari urat pun tak tau bape lama. ni tak kuar lagi..

hmm..baby memang urat kecik pastu dalam kadaan dia macam tu lagi. ingat nak ziarah pas luqman keluar. kenapa sampai hospital ipoh uda?
kan kena kat kg. mula-mula anta kat hospital tapah tapi hospital tak leh wat pe2. tu yang kena hantar hospital ipoh. luqman tak kuar lagi dari operation room lagi kak. risaunya.

insya Allah tak ada apa tu. jangan putus doa. kak am doakan dari jauh. uda kena kuat semangat ye. setakat tadi luqmaan ok tak? just daging je rosakkan..


alhamdulillah luqman dah kuar. stabil tapi tak sedar lagi...

alhamdulillah.. rasa nak nangis je. insya ramai yang berdoa untuk luqman..

ini adalah sebagian besar mesej antara aku dan huda da sweet tentang Luqman..selesai pembedahan Luqman perlu ditidurkan selama 3 hari..barang kali untuk elak dia banyak bergerak..sehingga entri ini ditulis alhamdulillah Luqman sudah stabil dan menurut Huda, isnin ni Doktor nak tengok lagi daging Luqman..kot-kot ada yang rosak atau sebaliknya..mari la kita sama-sama mendoakan kesihatan dan keselamatan adik Luqman selain turut sama berdoa agar hati ibu Luqman menjadi kuat dengan tragedi ini..

kawan-kawan pembaca, aku ada masukkan nama Naqiuddin kan pada tajuk entri kali ni..naqiuddin ni anak sulungku..sekarang dah 3 tahun lebih..naqi panggilannya selain kami panggil dia ayong, abang long dan kadang-kadang Fawwaz (anak keduaku) panggil Ayah..haha..Fawwaz semua orang ayah..aku sah-sah la dia panggil ayah..belasah la adik oi..senang agaknya nak sebut ayah ni. berbanding ummi..orang kata semua ini fitrah sebab nama Allah bermula dengan sebutan Aa..jadi fitrah manusia akan mula menyebut perkataan dengan sebutan Aa..tengok budak-budak belajar bercakap..sejak baby lagi..dalam 2-3 bulan semua benda Aa..Aa..Aa..elok sangat masa ni kita perkenalkan perkataan Allah pada anak-anak kita..pastu ayah aqi aak akan..(ayah Naqi nak makan)..semua mula dengan Aa..cek anak-anak korang..panjangnya bebel..(ni Wan UK kata aku kuat bebel haha..)

Naqi pernah kena air panas..parut dia sampai sekarang ada walaupun sekarang kalau teringat aku akan sapu dengan bio oil tapi yang banyaknya tak ingat..kata ayah naqi tak po gak..budok jate..biar la parut sket..lagi pun parut tu kat betis..so anak nanti pakai seluar panjang so akan cover la..(apa la ummi ni! cakap je la malas haha!)..tapi aku tetap ingat bagaimana naqi boleh kena..dan aku dan suami sangat berhati-hati selepas itu..ini la sebab tidak ingat 5 perkara sebelum 5 perkara kan..kita biasanya dah terkena baru nak berhati-hati dan beringat..sepatutnya sebagai ibu bapa kita kena sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anak-anak..jadi apa yang patut kita lakukan? kita kena bersedia..bersedia ilmu pengetahuan..bukan setakat nak tau macam mana nak ajar anak a b c dan 123 tapi semua perkara termasuk cara mandikan anak yang betul, nak buat macam mana kalau anak kena selsema, cara ikat tali kasut, cara basuh basikal dan macam-macam cara yang sepatutnya betul selain yang utama kena tahu ciri-ciri untuk menjaga keselamatan anak khasnya elak kemalangan di rumah..(so aku akan usahakan satu ruang khas untuk sapa-sapa nak share cara-cara or tips untuk handle anak..aku tidak setakat tahu yang moden sahaja melalui pembacaan tapi aku sangat gunapakai dan hargai cara tradisional yang mak dan ayah aku ajarkan..nanti eh time tensen writing tesis aku akan guna untuk tulis blog macam sekarang hahaha...)

ibu bapa termasuk aku kena ingat dan sentias berwaspada tentang ciri keselamatan di rumah..aku bukan setakat anak kena air panas, anak terkunci dalam bilik air pun penah bahkan anak jatuh tangga pun penah selain yang tragis anak kena sawan tarik..nanti kita share satu persatu..apa yang aku penah lalui aku biasanya akan fikir dan kaji semula..mana yang silap dan mana yang betul..apa yang patut dan apa yang tak patut..bukan senang jadi mak bapak ni oii..patutla syurga ada bawah tapak kaki mak..patutlah doa ibu bapa ni doa paling mustajab..huh!

macam mana naqi boleh kena air panas, macam adil Luqman sebab letak air panas atas iron board pastu Luqman langgar dengan walker..yang naqi pulak..dia tarik cerek tu..memang silap aku..aku masak air atas lantai..masa tu dok rumah flat je..so kelengkapan macam meja dan almari dapur tak ada..kehidupan yang sangat dhaif la kalau kira aku sebagai pensyarah masa tu..masa tu maklum la baru mula nak hidup banyak sangat kekurangan dan perlunya hidup sederhana..sedih wooo nak ingat tapi itu la kemanisannya sebab sekarang dah senang buat aku bersyukur dengan nikmat Allah..

naqi kena sikit je..sebelah kaki kanan dia..apa yang aku buat ialah cari losyen..tingat kawan-kawan pesan patut ada something Gel yang boleh guna kalau-kalau anak kena air panas dsbg kat rumah..tapi masa tu rumah aku tak ada..so cari losyen..naqi menangis..sakit la tu..(maafkan ummi naqi!)..suami pulak tak ada..dekat sejam baru balik rumah..so ummi just sapu losyen dan baca ayat-ayat yang terlintas sahaja untuk kurangkan sakit naqi sementara tunggu ayah balik..so ayah balik terus bawa ke klinik..sian naqi..tapi budak lasak punya cerita sekejap je la nangisnya..kesan kena air panas tu kita yang tua ni yang seriau..dia relax je siap tarik-tarik kulit yang kering tu..mungkin gatal agaknya..sian naqi..orang kata kaki dia dah buruk..ummi sedih sebenarnya tapi biasa la ummi gelak-gelak je..tak pe la..anak ummi kaki buruk..sekarang parut tu ada baki-baki lagi..itu kisah naqi yang kena sikit je air panas tu..kalau kisah luqman tu ummi tak tau la sebab 80% badan luqman melecur..

jadi ibu ayah, elakkan kemalangan di rumah..itu biasa, anak umur 7 8 dan 9 bulan ke atas akan try buat semua benda..kita yang kena beringat..cuma kadang-kadang dalam kita beringat pun kalau nak jadi ia akan jadi jugak sebab itu adalah ketentuan Allah..Allah dah susun yang terbaik untuk hambaNya...ada hikmah kenapa Allah timpakan kemalangan kepada kita meskipun kita ni jenis yang sangat berhati-hati..percaya pada hikmah Allah..sebab hikmah itu bukan sahaja 1 tapi 2 3 dan infiniti yang hanya boleh dilihat dengan mata hati..

untuk aku hikmah naqi kena air panas ni:

1. aku kena berhati-hati sentiasa cth fikirkan tempat terbaik untuk masak air (kes masak air kan) dll..ketinggian meja masak air, plug letrik untuk masak air, wayar yang terjuntai-juntai dan apa lagi ye? sape-sape boleh tambah)

2. ada something Gel yang berguna untuk sapu lepas kena air panas. rasanya DolaCantik ada dan aku ada beli Gel gamat tak ingat la..sekarang dah habis so kena pegi cari..

3. tahu sedikit sebanyak ayat-ayat suci dan doa untuk hadapi sebarang kemungkinan. at least doa supaya kita mak ayah ni jadi kuat semangat dengan apa yang berlaku..sentiasa istighfar supaya iman kita kuat..kes air panas ni aku cadangkan baca selawat Nabi Ibrahim (seperti api yang panas itu sejuk semasa membakar Nabi Ibrahim) satu lagi doa aku tak hafal lagi sebab ayah baru bagi..nanti aku update!)

4. untuk hilang parut pun macam-macam petua antaranya sapu dengan kulit pisang emas (pisang-pisang lain pun boleh jugak rasanya)

5. hikmah gelenyarss sket..dapat rapatkan hubungan suami isteri..aku dan suami sentiasa berfikir tentang keselamatan anak-anak..suami yang lebih over banding aku sebenarnya..haha (ampun bang)..

itu je..ada lagi nanti aku tambah okeh..

sampaikan walau satu aayat...supaya apa yang berlaku di keliling kita akan diambil iktibar secara bijaksana oleh kita yang melihat..bukankah al-Quran suka kita menajdi golongan berfikir?

salam busyuk masyam..

Monday, June 28, 2010

Gigi Oh Gigi



dah lama tingin nak tulis tapi tenet UKM ting tong..kat rumah pulak tak jadi keje..so amik masa free sambil dapatkan mood di pagi isnin yang hening ni..bukan senang nak dapat mood pg isnin kan..bluess beb..hikhik tingat malam td layan bola jap..Germany menang..kesian England kaloh..padan muka..sape suruh jajah Tanah Melayu dulu..haha (ada ke situ pulak dia)..kata suami..eleh semua set-set kafir..sama je..rasanya dia sokong England tapi tak ngaku..aku pulak suka sokong orang yang macam tak glemer sangat ni..tapi best semalam..dapat tengah Beckem..dok tepi padang..Subhanallah hensem sungguh dia..(memuji kebesaran Ilahi..kan manusia yang cantik itu tanda terernya Allah mencipta..so kena puji la..puji Allah bukan puji manusia)

tajuk entri gigi oh gigi..so nape citer pasal bola maám? saje..ni kes sebab gigi macam dah baik..dah mula hilang sakit..syukur alhamdulillah..kalau semalam aku tulis blog ni..mesti penuh dengan air mata kesakitan..monyok je..nak cakap pun tak ada mood..gusi bengkak..

abang..ummi sakit gigi..cuba tengok gigi ni (sambil nganga mulut kat dia)..mana nampak gelap..so alih muka..ha ah nampak ada lubang tu..pegi cabut je la..tapi orang kata jangan cabut masa sakit nanti bahaya..(pulak!ke memang penakut aku ni)..

sakit lagi ke? sakit..mood lari beb..mujur anak-anak ok..aku tido kat atas diaorang main kat bawah..anak-anak semakin lasak.mujur umur sebaya..bersalin rapat ni ada hikmahnya..dua-dua lelaki pun hikmah sesangat sebab dua-dua terer smack down sekarang..jom kita pegi klinik ke..aku diam..amik ubat tahan sakit..biar la dulu..

abang..sakit (teruk sungguh aku ni,,manja punya pasal tak tahan sakit)..sabar..kan bila sakit tu tanda Allah nak hapuskan dosa kita..ha ah kan..mesti banyak dosa am..pastu naik atas baring..sakit rupanya sakit gigi ni..betul kan, sakit gigi sakit ketiga paling sakit selepas mati dan melahirkan anak..dok diam-diam..takpe la..sakit la lagi..sebab Allah sedang hapuskan dosaku..(semalam boleh terfikir macam tu)..berdenyut-denyut..rasanya semua gigi sakit..bengkak agaknya..mcam kena cucuk la bang, macam kebas je..

ketika ni memang aku ingat hadith nabi..

rebutla 5 perkara sebelum 5 perkara..muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati (hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun R. A)

berbuih-buih ustaz ajor masa sekolah dulu..siap hafal lagi..pas hafal ustaz akan sign/tandatangan sebagai tanda dah hafal hadith tersebut..ingat memang ingat dan biasanya akan ingat bila dah terkena..macam semalam dan hari ni..sakit gigi..baru terfikir..aku kurang minum susu terutamanya masa preggy dulu..tu la misi dah suh minum tanak..ala misi pun sama..aku tengok rongak je..hehe..manusia yang degil macam aku ni akhirnya makan diri sendiri la..amik ko..hehe..aku minum susu tapi kena buh coklat atau milo..plain milk aku tak leh nak telan..entah kenapa..sekarang merebak kat anak-anak suka minum susu dugro coklat..layan je la..kita memang kena minum susu sebagai kalsium untuk tubuh badan..tambahan sesiapa yang menyusu anak bertambah-tambah lagi la kena minum susu sebab sekiranya kalsium badan kita tak cukup bekalan, kalsium pada gigi ibu akan diambil untuk bekalan kandungan dalam susu badan..so macam aku, anak dah dua dan menyusu penuh anak keduaku Fawwaz walaupun setakat 1 tahun 3 bulan aku memang usahakan perah di pejabat dan menyusu di malam hari..terhenti meyusu sebab terlalu sibuk, stok dah tak ada dan bila stress dengan keje serta pengajian phD yang baru bermula. semua ni alasan kan..ini la sebab tak pegang hadith nabi s.a.w ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

kes gigi aku ni..nampaknya kena hilang sakit dulu la baru boleh pegi service..nak kena tanya pendapat Doktor apa yang patut dibuat dengan gigi ni..kalau boleh diselamatkan..selamatkan la dulu..kata suami sakit tu mungkin dah sampai ke saraf (dia memang berpengalaman sakit gigi ni sebab dah rongak 3 batang..anak baru 2 tapi gigi dah hilang 3...nasib baik bukan gigi depan..kalau tak hilang la hensem dia tu..hehe)bukan senang nak dapat gigi baru..dah tua-tua mana ada gigi baru la..nak tanam gigi baru pulak sangat mahal kosnya..tapi ada satu pendapat kata kalau tanam gigi, nanti nak mati kena cabut dulu..tapi ada satu pendapat kata..sekiranya kita tanam atas tujuan kesihatan/memudahkan kita nak makan ia adalah harus..so tiada masalah untuk dikebumikan nanti(tak payah cabut la masa nak urus jenazah)tetapi sekiranya kita tanam atas tujuan kecantikan ia adalah haram..keadaan hukum yang sama dengan penggunaan Botox..botox harus atas tujuan kesihatan tetapi untuk tujuan kecantikan adalah haram..botox untuk tujuan kesihatan macam mana..banyak sebenarnya..aku tak ingat nama penyakit apa, tapi korang penah tengok orang yang mata jenis terkelip-kelip?biasa orang gini buat rosak gambar je..semua gambar dia mata akan pejam..sebenarnya orang macam ni ada masalah pada urat or something yang aku tak reti nak sebut nama dia..so boleh digunakan botox untuk mengelak mata dia dari berkelip-kelip tak sudah tu..sian dia asyik berkelip-kelip..mesti penat kan..

hmm..sampai ke botox..

semoga gigi aku makin sihat..ummi nak pegi service pasni..biasa bila dah hilang sakit tak hingat dah pun nak pegi jumpa Dr kan..tapi kali ni in sya Allah amnah! rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara..untuk kes gigi ni apa yang patut dibuat:

1. Sentiasa berdoa mohon Allah jadikan kita sihat
2. dapatkan service Dr (sepatutnya 6 bulan sekali)
3. berus gigi yang betul (ambil yang SOFT..gigi anda bukan lantai untuk ditonyoh)
4. minum susu
5. rajin gosok gigi (wajib sebelum tido!)
6. guna Flost (betul ke eja ni? untuk cuci kat celah gigi)


rasanya ni kot..semoga gigi kita semua sihat dan cantik..jaga la gigi kita seadanya..mudah-mudahan dengan gigi yang ada ni kita terus dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala..

gigi cantik senyum pun cantik! sebab Allah tu kan Cantik!

Wednesday, June 23, 2010

World Cup @ Langau

situasi pertama:

kul berapa ni bang..kul 4..sape menang?..Brazil..lwn sape (nak tau jg kan) Ivory mende ntah..tak ingat.hebat jg dia lawan Brazil..dpt gak 1 gol..oo..bersungguh abang tengok bola..dh solat belum..dah..Zzzzz

situasi kedua:

abang..abang..ayah..ye ada apa..buat susu fawwaz..ok..tak tidur lagi ke?belum..tgk bola..bersungguhnya la..baik buat sunat tahajjud ke apa ke ok jg dr tgk bola..hmm..4 tahun sekali..tensen sebab kena tido sorang pun sama..tapi kira ok jugak sebab orang nak buat susu anak available..

situasi ketiga:

abang tambah chanel sukan ni..so bulan ni kena bayar mahal sikit la astro kita..bersungguhnya abang..waste time and money..kita kan nak guna duit banyak..tak po la..4 tahun sekali..sape suruh tv3 tak cover world cup tahun ni..tv3 pulak salah..sabar je la..

situasi keempat:

eeee bunyi apa ni..macam langau la..tu bunyi vevezula (betul ke eja ni?) macam trompet tradisi orang AFrica..oo..ummi tak suka..terganggu la..ha ah kan..(tapi tengok jugak!)..

dan banyak lagi situasi...aku isi masa lapang aku ni..dah kenyang punya pasal..breakfast dengan en suami tadi..makan siap-siap untuk lunch..hehe..pas zuhur amik kueh-kueh je la untuk lapik perut..jap lagi nak jumpa penyelia..ada ka patut nak jumpa penyelia boleh lepak-lepak tulis blog..amnah..amnah..

aku bukan apa sebenarnya, (jap blog aku ni tak cantik la.sape la yang nak tolong ni..iklan jap..)tengok orang layan world cup sedemikian rupa jadi aku semakin takut..ni la tanda akhir zaman..orang bermegah dengan perkara yang tidak berfaedah..maam tengok bola tak berdosa ye..memang la..sape kata berdosa tapi tengok time tu..boleh tak korang bangun malam macam sekarang untuk beribadah? jawab..jawab..hehe...tak leh rasanya maam..itu la..tak pe la gini..aku harap kaki bola boleh jadikan tempoh lebih kurang sebulan ni untuk training berjaga malam..pas tengok bola sebelum tido amik masa untuk sujud 2 rakaat..boleh tak? dua je please...latih diri slow..lagipun sekarang kan bulan Rejab..pas Rejab, Syaaban dan pastu Ramadhan..so 3 bulan yang dijanjikan Allah ni yang penuh keberkatan dan rahmat boleh diambil manfaat oleh semua orang terutama kaki bola world cup @ langau ni kan..cuba la..kalau kita sedaya upaya berjaga malam untuk bola..apa salahnya sikit masa untuk Allah..

baiknya Allah..

Allah memang baik..walaupun kita jarang bersyukur dengan nikmat nyawa dan masa yang diberikan, Dia tetap layannzzz kita seadanya..kita cukup makan, tempat tinggal kita ok, ada TV, ada air cond, ada macam-macam dan macam-macam ada..tapi jarang sangat kita nak kata Allah tu baik..dalam kes bola ni sebenarnya orang tak perasan Allah tengah uji kita..kalau dulu kita boleh jawab payah la nak bangun untuk solat malam..sekarang tengok la..kan kita boleh bangun dengan mudah..so kiranya sebelum ni semuanya alasan la kan..

jom kita sama-sama..yang suami pas tengok bola..gerakkan isteri untuk bangun solat malam..at least pukul 4 tu boleh lagi buat tahajjud kan..dan isteri boleh ingatkan suami apa pun tentang bola dan kekuatan suami untuk bangun malam ni boleh jadikan suami istiqamah/konsisten/maintain pasni untuk terus bangun malam bukan untuk bola tetapi untuk Allah Taala..

so world cup @ langau..aku memang terganggu.hehe

Tuesday, June 22, 2010

Jurnal @ UM

salam

hari ni aku memberanikan diri memandu secara sendirian ke UM. tujuannya satu untuk mendapatkan satu artikel jurnal karangan Mohd Farid Mohd Sharif (Ph. D) terbitan The Islamic Cultural Centre London. punya la payah nak dapatkan artikel ni.. memang rasa tercabar iman dan semangat sungguh. mujurnya penulis a.k.a tuan badan artikel ni bagi kerjasama untuk dapatkannya. sampai bagitau jurnal tu ada level 3 ye saudari Amnah..(sungguh bersopan santun orangnya)..

alhamdulillah hari ni berjaya dapatkannya..ini bukan misi aku yang pertama untuk dapatkan artikel ni..ni tak silap kali ketiga.. waduh! sungguh mahal sekali artikel ni hinggakan perlu berulang kali pergi baru dapat..misi pertama aku jumpa reader adviser untuk dapatkannya.. kita di UKM boleh buat loan inter library ye puan (wah bagusnya)..so masukkan data-data semua ni dan kami akan pegi pad hari khamis..(besh besh besh!)..pastu..tetetetettt..new mesej..maaf artikel yang puan cari tidak ada di UM dan kami membuat pencarian jurnal tersebut tidak terdapat(atau wujud) di dalam atau luar negara..grrr tak ada kat luar negara?mende la dorang ni..aku search google pun ada website jurnal ni cuma aku kena minta tolong dapatkan artikel Dr Farid ni sebab tak boleh nak download je..adushh..terpaksa hubungi Dr Farid semula dan apa yang mengejutkan Dr farid bagitau baru bulan lepas saya pegi UM dan buat copy artikel tu sebab yang ori saya punya hilang..sabau je la dorang ni..

so? so aku kena pegi sendiri la ke UM gayanya..pegi UM, drive sendiri suami teman dok sebelah dan berjaya sampai tanpa sesat..satu lagi rintangan, level 3 yang dikatakan Dr Farid kena blok..tak boleh nak masuk langsung..kami nak polish lantai ni..puan datang esok sahaja (woi ingat UM ni sebelah rumah aku ke?)sabau lagi..pegi jumpa reader adviser di situ..dia jawab: saya tak dimaklumkan pun level 3 ditutup..sabau je la dorang ni..perkembangan dalam satu bangunan pun tak tau ke? mula rindukan UKM..walaupun orang kata UKM khas utk orang-orang kebangsaan atau kekampungan, tapi aku suka dengan sistem yang dimiliki UKM..at least setiap level di Tun Sri Lanang tu ada la pegawai yang bertugas..tidak la terkapai-kapai..misi kedua ni berakhir macam tu sahaja dengan aku tinggalkan alamat email dan no phone aku kat reader adviser situ: saya akan usahakan untuk scan dan emailkan kepada puan ..sedaaaaappp sangat dengar tapi..sampai la ni tak dapat apa..

so aku kena pg sendiri..hari ini adalah misi ketigaku mencari artikel ni..(saja nak taip dan kongsi ni supaya aku akan kenangkan saat ni sentiasa) sampai awal lagi..redah jm dengan jayanya..tapi hampesss jugak..tak ada satu PC untuk aku search OPAC (nak cari call number jurnal tersebut). puan boleh turun tingkat 2 ye..PC ada kat situ untuk kegunaan ramai..aku turun..maaf puan kami nak polish lantai sini..PC tak boleh guna..itu pun setelah aku mundar mandir cari kat sapa patut aku rujuk..eh puan boleh masuk kat bahagian tesis tu..kat situ ada PC..aku geleng kepala..naik hangin member..tapi sempat istighfar sebab takut hilang sabar artikel ke mana aku ke mana nanti..masuk situ..tak berjaya cari..tak pandai guna sistem..cari pegawai bertugas..perkenalkan diri dan UKM, saya tak pandai guna sistem..saya dari UKM.. UKM? sambil gelak2..hangin betul aku..(jangan bro, kalau tak sebab artikel ni aku hempuk dah ko tadi..masih berjaya kawal emosi)..gagal..entah..nama jurnal tu tiada dalam perkhidmatan OPAC ni..gilossssss! apa sistem yang UM guna ni..aku memang kuar macam2 la tapi dalam hati..sabarkan..sabar..sabar..huhuhuhu..pastu turun tingkat 1..aku harus ketemu reader adviser ni..aku akan buat keje gila kalau terus cari sendiri..turun guna lif sampai tgkt 1..nak kuar kena blok lagi..kami nak polish lantai..gilosss!aku memang naik angin..kuar jugak la sepatah dua kata kegeraman..puan naik lif tingkat 2 dan turun dengan tangga..buat je la...dan atas inisiatif Reader Adviser aku dapat call number tu dan jurnal tersebut..rasa nak nangis pun ada..turun tangga ke tingkat 2 dan buat copy..siap bagi extra duit kepada kakak fotokopi (ye ke kakak? belasah je la)..ambik kak saya hepi dapat artikel ni..fuhhh

kenapa aku catatkan benda ni..aku nak ingat saat kesusahan ini supaya aku tak lupa diri..in sya Allah ada rezeki dapat Ph. d nanti aku akan berkongsi saat suka duka ini dengan para pelajarku..aku akan mudahkan urusan kalian dengan izinNya, supaya pengalaman aku ini akan diambil pengajaran kepada orang lain..dan yang penting aku dah susah macam ni, aku tak nak orang lain susah macam aku..

ada yang pertikaikan kenapa aku buat ph. D di UKM..sebab degree B.A dan M.A aku pun kat UKM dah..tiga2 UKM ke maam? ha ah..kenapa? sebab aku bangga menjadi student UKM..biarlah bangunan UKM tu macam tak siap je kan (sebab tak sapu plaster) tapi aku bangga dengan sistem yang UKM ada terutama di Perpustakaan Tun Seri Lanang..walaupun ada kurang lebih dengan tempat lain, aku masih boleh ikut sistem yang ada..aku tak perlu susah untuk memahami sistem di tempat lain..kata suami..Am..nak dapat Ph. D kat mana-mana pun boleh tidak hanya di luar negara tapi yang penting kesungguhan untuk dapatkan Ph. D itu sendiri..terima kasih abang..

p/s: kredit untuk Mohd Farid Mohd Sharif (Ph. D) pensyarah USM Penang Malaysia.semoga Allah memudahkan urusan Dr seadanya..

Sunday, June 20, 2010

Tak Perlu Sambut Hari Bapa

hari ni 20 Jun kan...sepatutnya hari bapa..tapi kenapa tak meriah macam hari ibu pun..kat Facebook pun sepi je..ada la 2 3 kerat yang wish happy father's day ni..(termasuk suami aku)..aku wish awal dulu lg sbb tersalah tarikh.belasah la.janji hari bapa tidak dilupakan..

tapi kenapa eh semacam ada beza antara ibu dan bapa a.k.a mak dan ayah (zaman sekarang tak dengar dah panggilan mak ni, moden la konon panggil yang kelass sket..)rasanya kita perlu lihat dan kaji atau berfikir sejenak..bukankan al-Quran sentiasa mahukan kita berfikir..selain dapat jawapan penyelesaian, berfikir juga satu exercise untuk awet muda kan..(ni nanti kita bukak entri baru)..sedangkan juga tanpa sperm yang datang dari ayah, pastinya diri kita tidak wujud dengan izinNya di dunia ini..tapi pendapat peribadiku, memang antara ayah dan mak seakan aku lebihkan mak..kata ustaz ini adalah fitrah sebab rapatnya si anak dengan ibunya sejak dalam alam rahim lagi..itu tidak dapat dinafikan..

tapi bagaimanakah kita mahu memupuk kasih untuk seorang ayah yang berkerja mencari nafkah untuk membesarkan kita sehingga cantik dan dewasa seperti sekarang..pada pendapat aku semua perlu memain peranan. namun pemain peranan yang utama ialah:

1. ibu
aku letakkan ibu sebagai pemain peranan nombor satu dalam hal ini. kenapa? sebab ibu sangat rapat dengan anak. sejak dalam alam rahim lagi kan. so sebagai ibu, ibu kena titipkan perasaan untuk kasih dan cinta kepada ayah. meskipun ia seakan agak ganjil, ibu jangan khuatir kerana dalam banyak keadaan kasih anak kepada ibu tidak akan berkurang. peranan yang aku maksudkan adalah menerusi didikan, kata nasihat dan juga panduan. ibu perlu sentiasa menggambarkan yang baik untuk anak-anaknya tentang ayah. memang tak dapat nafikan, kadangkala sikap ayah yang tegas sebagai contoh tak nak bagi mak balik kampung atau mungkin tak nak bagi mak sambung belajar supaya tak sama level dengan ayah (ni zaman sekarang punya contoh), tak nak bagi mak duit bulanan (ni contoh zaman dahulu dan sekarang) dan lain-lain lagi akan menggamit perasaan sedih kepada si ibu. dan keadaan ini membawa ibu bercerita dan berkongsi kepada anak. hasrat ibu adalah untuk meluahkan rasa namun, anak yang barangkali tidak punya akal panjang (dan mungkin sebab kasihankan si ibu) akan menyimpan perasaan marah kepada ayah. keadaan ini akan membawa kepada perasaan yang tidak sihat anak kepada ayah.

aku melihat senario ini sebagai satu perkembangan yang tidak sihat. sebab itu besar dan tingginya pendidikan adalah bermula dari rumah. jika si ayah dan ibu berakhlak mulia tak tinggal solat sebagi contoh, anak pun akan ikut sama dan begitu juga sebaliknya. jika si ayah yang bekeng, bersuara deras atau kuat anak-anak pun akan ikut sama begitu juga sebaliknya. betapa besarnya pendidikan bermula dari rumah. sebagai isteri juga wajib ke atas isteri untuk menjaga aib suami. kadang kala yang difahami menjaga aib daripada diketahui oleh orang luar atau jiran tetangga sahaja, tetapi menjaga aib suami daripada diketahui oleh anak-anak juga wajib dijaga oleh isteri. ya Allah..jadikan aku isteri yang baik kepada suamiku.. aku berpegang kepada satu hadith nabi s.a.w (aku pegang kefahamannya) dimana sahabat bertanya tentang kedudukan isteri terhadap suami. Rasulullah s.a.w berkata sekiranya boleh manusia ini sujud kepada manusia, akan diperintahkan isteri untuk bersujud kepada suami. betapa besarnya suami kepada isteri. (tapi ini dalam keadaan suami yang soleh la, yang hampess tu tidak wajib kita taati!). Begitu juga dengan cerita nabi s.a.w ketika mikraj ke langit yang menyaksikan ramainya kaum hawa (pempuan) di dalam neraka sudah cukup menggerunkan aku. aku sebagai isteri dan ibu adalah di kalangan kaum hawa yang ramai menghuni neraka (waduh waduh waduh! gusar sekali pak).. ya Allah kau peliharalah aku dari api neraka.

apa yang aku nak kaitkan dengan soal sujud dan ahli neraka tentang hari bapa ini ialah bagaimana ibu mendidik anak supaya kasihkan bapa dengan sepatutnya. benar ibu menjadikan anak sebagai kawan dan boleh berkongsi segala-galanya tapi awas jangan sampai membuka aib suami/bapa sehingga anak benci kepada bapa. yang takutnya kita sebahagian dari ahli neraka. (Nauzubillah..)

2. Bapa
Bapa aku letakkan sebagai pemain peranan nombor 2. kenapa tuan badan kena main peranan untuk memupuk sambutan hari bapa ni. peranan ni bukan la sampai bapa kena jadi tukang promosi pulak, tapi peranan bapa adalah dari dalam. jadi lah bapa yang baik, in sya Allah anak akan kasih kepada anda. baik tu luas maam! baik la dari pelbagai sudut sebagai contoh dekati anak, jadikan anak sebagai kawan dan memahami anak selain mencintai dan mengasihani si ibu pada anak-anak anda a.k.a isteri anda. tunjukkan kasih dan cinta anda di hadapan anak-anak. saya yakin kaedah ini dapat memupuk kasih anak pada ayahnya. bukan apa, manusia ni mudah je, anda bekeng dengan isteri tapi anak tak pernah pun dengar suara ayah dan ibu bergaduh, aku yakin anak-anak pasti akan kata ayah dan ibu adalah pasangan yang baik.peluk isteri depan anak-anak (jarang nak buat ni dengan pelbagai alasan), berpegangan tangan bila outing semua ini akan meyakinkan anak-anak bahawa betapa sayangnya ayah pada ibu. bila keadaan ini dipertontonkan, anak yakin ayah sayang kat ibu so no hal anak nak marah kat ayah tak tentu pasal kan. sebab dia yakin ayah di tak buat hal dengan ibu, ayh sayang kat ibu dan ayah sangat baik pada ibu dia yang dia akan sayang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi tu.. tapi kalau sebaliknya, maki hamun ibu depan anak-anak, bergaduh depan anak-anak, tengok ibu menangis pas bertengkar, tengok ibu bersedih sebab ayah, percaya la cakap aku..habis la kau ayah..tak de la nak terima sambutan hari bapa yang sebagaimana sepatutnya..

aku rasa ni je..aku letakkan 2 pemain peranan sahaja.yang lain contohnya anak (kau wajib taati ibu dan ayah kau ye..tak de diaorang kau tak ada, tak ada duit ayah kau tak boleh jadi pandai macam hari ini, doa diaorang berkat bla bla bla..banyak dah korang tau tapi kadang-kadang buat derrrk je kan. contoh lain, media, guru, kerajaan dan lain-lain itu semua boleh fikir.

apa yang aku utarakan di atas adalah pendapat aku sendiri berdasarkan pembacaan dan pengalaman. sebab sekarang dah jadi isteri dan ibu, baru aku faham susahnya jadi 2 in 1 ni..mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku dalam misi memperbaiki diri ini..

sambutlah hari bapa sewajarnya..

Friday, June 18, 2010

Arkib Negara Malaysia..kami datang

salam utk pg yang indah..ditemani lagu Terlalu Istimewa Adibah Noor..

Hari ini aku berjaya sampai ke Arkib Negara Malaysia..tak susah sangat jalan nak peginya tapi balik kami salah jalan..sampai je kat rumah tapi ikut jalan jauh..minyak pulak satu bar je..kata kawan baikku, nak masuk KL minyak kena penuh..tapi aku selamba je..hehe..alhamdulillah selamat pegi dan balik..

jalan ke Arkib Negara jalan Duta dari Bandar Baru Bangi..Msk Tol PLUS bangi-kuar Tol Sg Besi-jalan terus jumpa airport sg besi dan belok kiri-terus lagi sampai masuk simpang jalan duta-cari jalan/lorong yang sama dengan kompleks kerajaan jalan Duta..tadaa..Arkib Negara ada kat belakang tu je..

jalan balik jangan tanya lagi..nanti aku update sbb tadi salah jalan rasanya..kuikuikui..

seronok di Arkib Negara..lagi seronok kak da;kawan baikku jugak seronok kat situ..kami dah mula lupa daratan sebab kata Arkib lagi best dari library Tun Seri Lanang UKM..tak patut..tapi memang sekali pegi dah jatuh cinta..

mula-mula sampai kena tinggal ic atau lesen atau apa-apa yang ada no ic kat pok guard..so kami tgl kad metrik UKM sebab first time kata pok guard..sampai sahaja kami register..beg tak boleh bawa masuk ye puan-puan..so aku kena bawa semua kat tangan..tapi dia bagi satu locker kat kita..so segala macam mak nenek spt beg, buku nota, kunci kereta boleh simpan dalam locker..dan lagi satu ye tuan-tuan dan puan-puan kena guna PENSIL sahaja di sini ye..so sbb aku tak dok pensil..aku beli la..sebatang 50sen..ok la..

so kami masuk dengan jayanya..hehe..jumpa lagi satu kaunter yang ajar bagaimana nak cari data atau maklumat segala macam mak nenek yang berkaitan..done..faham la konon-kononnya..tapi hari ni kata aku nak cari mood je. nak bg panas enjin.hehe..tapi klik punya klik wah mood sudah berubah maa..banyak maklumat yang aku boleh dapat di sini..

kenapa Arkib Negara Malaysia?

Arkib Negara Malaysia (Public Record Office) sebuah tempat yang simpan semua dokumen berkenaan sejarah politik, ekonomi dan segala-galanya tentang negara kita..di sini ada simpan Fail cth fail SUK Negeri, Laporan cth minit mesyuarat kerajaan negeri dari tahun 1890 pun dah ada, laporan tantang Mat Kilau pun ada (ni den hepi sangat ni) dan banyak lagi..kertas kerja, tesis terbitan yang dianggap berkualiti cth buku yang ditulis oleh Allahyarham Wan Saghir wan Abdullah berkenaan al-Allamah Sheikh Ahmad al-fatani pun ada..seronok sangat bagi pencinta sejarah macam aku ni..(hehe ayats!)ni antara yang aku dapat pelajari dan dapat tadi..nanti kalau ada perubahan dan tambahan maklumat aku akan update entri ni..seronok sangat pegi Arkib tadi..so next week cadangnya pegi lagi sehingga aku dapat segala maklumat yang patut utk tesis aku nanti

so?

SELAMAT PERGI DAN BERKAMPUNG DI ARKIB NEGARA MALAYSIA

Wednesday, June 16, 2010

apa yang perlu ada dalam blog

semangat ni..yeehaaaa..

orang semangat tengok bola..aku semangat nak tulis blog..best rupanya..mcm mula-mula berkecimpung dengan Facebook dulu..termimpi-mimpi rupa FB..kali ni aku termimpi-mimpi rupa blog pula..hehe..mcm mana nak hiaskan blog..mcm mana nak susun ayat. kata suamiku, blog ni jangan berat sangat, biar santai-santai je, baru orang seronok baca. pastu aku jawab.. (eh menjawab pulak dia ni!) blog ni ikut suka orang nak tulis la, apa saje boleh (pada hal awal td dok tanya suami mcm mana nak tulis, dah dia bagi pendapat refuse pulak..ni la isteri-isteri zaman sekarang)..so?

so aku memulakan pencarian. sejak sambung belajar ni, suka sangat mencari. macam tadi pegi UM nak cari artikel, ada ke patut satu level 3 Libarary dia tutup; nak polish lantai puan...aiseh..dah tak boleh masuk, yang lagi best pegi jumpa reader adviser dia, dia jawab, eh saya tak dimaklumkan pulak level 3 close..wakakak..aku kena tulis dalam paper ni..biar NC;Gauth tu tau tentang ni..huhu..tak baek kata budak-budak sekarang..tak pe la, aku dah tinggalkan pesan dan nampaknya puan reader adviser berbesar hati membantu, kalau jumpa saya akan scan dan email pada puan..wahwahwah beshhh tu..kalau tak jumpa saya datang lagi next week..nanti tak tau la level mana pulak yang nak tutup ni..kata UM tu hebat? hehehe tak baek maam tulis gitu tau..hehehe..saje provoks..

so?sambung balik, pencarian tentang blog tadi, aku dok tengok blog orang besh2 je..ada yang siap ada iklan air asia lagi tu..kompem masuk duit tu..tapi aku tengok yg ada iklan air asia ni adalah blog yang aktif..ini pendapat aku yang sehari dua dengan blog ni..so aku target kalau dapat letak iklan jamu Mak dara ke, Kopi Janda ke beshh jugak ni..boleh masyuk. cuma sekarang aku kena aktif dan target Followers seramai mungkin. untu mendapatkan follower aku kena pastikan beberapa perkara iaitu:

1. Betulkan niat (Lillahi Taala)
2. topik yang hebat dan kena time
3. bahasa yang bersahaja
4. tajuk kena simple tapi menarik
5. kena target pembaca
6. kena ada camera (ni orang rajin snap sana sini)

Enam je la setakat ni. cuma apa yang aku harapkan dari pembikinan blog ni, aku dapat berkongsi dengan masyarakat. mungkin blog ni boleh jadi medan aku berdakwah, mendidik dan barangkali dapat berjumpa ramai kawan yang baru. ini la hajatku.. mudah-mudahan Allah merahmati..

ok la jumpa lagi. sampaikan walau satu Aayat..

salam

Tuesday, June 15, 2010

Pantang untuk belajar

dengan nama Allah..


apa yang ada dalam kepala aku ni..macam tak senang duduk saja..dari rumah aku memulakan langkah ke library Tun Seri Lanang..ke tingkat 3 berhajat untuk bertapa bersama jurnal-jurnal di situ...perggghhhh..bau jurnal tahun 1923..kalau bukan sebab tuntutan kerja aku tak nak buat benda ni semua..namun dalam misi mencari bahan kugagahi juga walaupun hati seperti tidak gembira hari ni.selak jurnal demi jurnal..wah banyak jugak artikel ni..kenapa la time tak ada mood gini banyak pulak yang aku jumpa..time sangat bersedia untuk belajar kadang-kadang seharian tak jumpa satu pun artikel..berfikir sejenak..Allah mahu hiburkan hatiku ni..ok baca dan baca dan pegi copy untuk simpanan..mana tau terlupa dan hilang ilmu kat dada ni boleh rujuk kat salinan ni pula..ini la kita sering bergantung pada buku, majalah atau kertas fotostat. kenapa la payah sangat nak lekat ilmu kat kepala ni..

kata orang tua, jangan makan kepala ikan, nanti cepat lupa..tak pun makan la kepala ikan nanti jadi benak..ye ke? boleh percaya ke?habis je aku buat m.a dulu dan masuk alam kerja..memang aku bantai semua sekali. asam yang masam-masam, meggi, kepala ikan (ikan kembung, ikan talapia dan semalam ikan patin) semua aku tibai..langsung tak jaga..mungkin ni salah satu sebab aku benak kot..ishhh tak baik cakap benak2 tau..(tapi ia lebih baik dari cakap bodoh kan)..benak ni lembut sikit kot dari perkataan bodoh..mak kata orang bodoh je cakap kat orang bodoh..(banyaknya mak aku ni bagi pendapat)..

mungkin kata-kata ni ada benarnya..seingat aku masa aku peralihan dulu (aku ni masuk sekolah menengah agama rakyat. di pahang, semua kena masuk kelas peralihan dulu sebelum masuk tingkatan 1. ia sebagai persediaan untuk mempelajari asas ilmu bahasa arab sebab bahasa arab akan dijadikan medium untuk mempelajari 9-10 subjek agama. bab sekolah ni nanti kita buka bab baru ye). ustaz-ustazah bagitau, antara pantang larang orang nak belajar ni ada beberapa. antaranya ialah:

1. jangan makan kepala ikan
2. jangan lalu bawah ampaian
3. jangan makan asam (yang masam-masam)
4. jangan makan meggi
5. jangan buang air dalam air

ni je rasa yang ingat. tapi dulu aku memang praktik tanpa soalan. sebabnya nak jadi pandai, nak dapat no satu. seingat aku dulu memang aku sangat mudah menghafal ilmu. sebab dulu semua kena hafal. feel madhi(past tense), feel mudhori'( present tense) dan lain-lain lagi. adakah pantang larang ni betul atau kebetulan masa tu aku muda dan fresh jadi aku mudah je nak ingat dan sekarang aku sudah tua dan berkarat..uhuks! aku sangat payah mengingat dan dalam waktu yang sama aku tibai makan semua dan buat apa yang dilarang. kena fikir semula ni..

mungkin semua ni ada hikmah kenapa orang-orang tua bagi petua (pesan orang-orang tua). makan meggi ni sangat la sedap dan cepat. tapi apa yang penting sebab sekarang dah jadi mak, aku rasakan kenapa ia dilarang mungkin disebabkan betapa orang dulu pentingkan air tangan masa memasak. sungguhpun aku tak pandai mana memasaknya (bak kata suamiku..ala abang dah biasa in kelate version) aku cuba sedaya upaya untuk bagi anak dan suamiku makan apa yang aku masak. orang dulu mana ada yang segera-segera ni hatta nak makan mee pun mee dibuat sendiri. apatah lagi yang senang seperti goreng pisang. kata orang sekarang, kita orang berkerjaya, masa sangat penting untuk kita, so yang mudah-mudah ni kita tapaukan aje..tapi tidak seperti orang dulu yang akan usaha untuk sediakan makanan untuk anak dan suami kerana pentingkan air tangan itu sendiri. aku teringat seorang ustaz masa di kolej islam pahang sultan ahmad shah dulu yang berkongsi tentang cara mendidik anak membawa bekal ke sekolah..along kena bawa bekal, along tanak..along nak beli kat kantin macam kawan-kawan..along kena bawak bekal tau, nak tau kenapa, sebab makcik kantin tu masak nasi lemak tu pukul 5 pagi..dia bangun tidut, tak basuh muka, tak gosok gigi terus masak nasi lemak tu..lagi pun dia masa dia nak masak tu dia tak baca Bismillah..kalau mama, mesti mama baca Bismillah sebab bila kita baca Bismillah, syaitan akan lari..nah tengok..bagaimana orang dulu mendidik anak melalui makanan..pentingnya air tangan selain adab-adab memasak yang kita lihat remeh namun akhirnya akan memberi kesan yang mendalam kepada kita..kata lawaknya..membawa 7 keturunan you..

semua ni boleh difikirkan..untuk diriku.usahakan memasak walaupun ia hanya la sekadar ikan goreng dan sayur air sahaja..

hingga bertemu lagi..

salam

Tuesday, June 1, 2010

Dengan Nama Allah

salam..wah wah wah nak menulis blog pl dia..selamat datang ke blog My name is Amnah Saayah. permulaan ini sebagai pemanas badan. rasa terpanggil sama untuk berkongsi dengan masyarakat. walaupun agak ketinggalan dengan orang lain yang dh banyak halamannya, saya akan cuba menulis dan memberi pandangan seperti orang-orang hebat di luar sana. niatnya ingin berkongsi dan menyampaikan walauput satu aayat. mudah-mudahan usahaku ini diberkati Ilahi. ya Allah permudahkan segala urusan hambamu ini.