berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Monday, February 28, 2011

Kegembiraan itu..

bila kausenyum kugembira

bila kausedih ku menangis

bagai malam rindukan bulan

kurindu padamu o sayang..



ewahhh..post kali ni dedicate utk ayah kepada anak-anakku..



sesekali berjiwang dan meluah rasa boleh kot..harap2 ayah tak marah ya..ni silap2 haribulan ayah akan kata..tak payah la ummi berkongsi satu dunia semua ni..cukup la untuk kita-kita aja..mgkn bagi ayah ia adalah privacy ayah..tp ummi nak garapkan ini untuk tatapan anak-anak ummi..ya mungkin bila ummi tiada nanti..



bukan jiwang sangat apa pun..gimik je..hehehe..baru-baru ni kami ke luar daerah untuk berfoya-foya..hah?untuk meraikan sesuatu yang indah untuk dijadikan kenangan bersama..tempat yang dituju bukan la jauh mana..hanya sekitar 60km dari Kuala Lumpur..kami memilih Colmar Tropicale sebagai destinasi..balik hari dengan bajet yang ciput serta bekal makanan yang sangat sedap..memang seronok walaupun masa tu ummi sarat mengandung 32 minggu atau 7 bulan lebih..kata kawan..oii 28 minggu pun Doktor tak kasi travel dah la..o ye ke..rasanya masa 28 minggu baru ni kami balik kampung ayah dan jauhkan perjalanan ke Kuala Terengganu..juga cuti-cuti pantai timur bersama keje ummi untuk mencari bahan penyelidikan..yang kelakar ada juga sedikit contraction masa dalam perjalanan..baby menekan belakang ummi kuat..uiii lenguh sana sini..tapi dek sebab (ni sebenarnya ayah) ummi tak nak jauh dengan ayah ummi nak ikut juga ayah balik kampung walaupun sudah sarat..ayah tak berapa nak bagi ikut sebenarnya..tapi tak betah la berjauhan..hehehe..cuma kesempatan ummi gunakan sama untuk mencari bahan penyelidikan kerana memikirkan selepas baby lahir mungkin keadaan akan bertambah sulit..so plan itu terlaksana dengan izin Allah yang Maha esa..ni nak cerita yang mana sebenarnya..ummi tidak fokus la..



tapi itu antara kegembiraan ummi..(opposite dgn post2 sblm ni yg sedih medih ntah apa2 emo tak tentu pasal..har har har..) ummi memang gembira bila ayah gembira..dan anak-anak gembira..tapi kalau ayah gembira ummi lagi gembira..sebab itu janji ummi sebenarnya bila ummi setuju nak kawen dengan ayah dulu..ummi nak ayah gembira..alhamdulillah..Allah sampaikan hajat ummi..



kami ke Colmar bersempena hari lahir ayah ke32 tahun..saje ingin merakamkan moment2 istimewa pada tarikh itu dan ya sementelah gaji pun dah masuk..hehe..kata angah..hei kata tak ada duit tapi jalan merata boleh..hehehe..ya..nak tunggu ada duit pakai idak la jawabnya..perbelanjaan kami ke Colmar Tropicale tak sampai pun RM100..ini termasuk kos minyak, tol dan tiket serta token-token yang dibeli..tapi rugi beli token dah bubuh kat kuda berpusing tu anak-anak nak turun pulak..heiii adik takutt la..adoi..melayang-layang duit ummi..mujur ummi tak iya kan kat ayah bila ayah nak pancing itik nak rebut bear yang tergantung-gantung tu..silap-silap hari bulan banyak duit habis kat situ sebab tak puas hati..



kami ke sana membawa bekal..kata seorang kawan, hotelnya agak mahal dan begitu juga dengan makanan..so sebab perjalanan balik hari..dekat je kan..ummi tak fikir tentang hotel tetapi ummi fikirkan tentang makanan..ummi google dan mengatakan di Colmar banyak restauran ala France..bermakna lebih kepada makanan ala barat..tapi masa jalan kat sana ummi still nampak orang makan bihun dan sandwich..ala apa la sangat kan..kfc or McD tiada di sana..hehe..mujur sebab ummi dan ayah sedang berusaha untuk skip makanan-makanan ini..selain berjimat kami sentiasa memikirkan kualiti makanan serta tahap kehalalannya juga..ummi menggoreng kueh-kueh segera yang kawan ayah bagi masa datang baru ni..potong sikit kek pisang dan ayah pula memasak nasi goreng kampung (masin sikit tapi sedap..kami salahkan ikan bilis tu yang sebabkan nasi goreng ayah jadi masin..hehe sian ikan bilis..)serta bekal air minirel..mujur beli siap-siap sebab di sana sangat mahal harganya..



kami berjalan-jalan di pekan ala-France tu..kecik je pun cuma bangunannya menggambarkan seperti kita ke France..hehe..mujur tak jumpa Zidane kan..boleh hantuk-hantuk kepala dengan Zidane..hehehe..ada swan atau naqi panggil itik besar..ada ikan-ikan yang cantik serta cuacanya yang sejuk dan nyaman walaupun kami sampai dalam pukul 12 tengahari..kira ok la..layanzzz..



meneruskan perjalanan ke rabbit park..naqi nak suap rabbit tu dengan aiskrim..adoii la..dah la aiskrim tu mahal ya..bila rabbit tak nak aiskrim tu terus dibuangnya..anak-anak boleh berlari dan bermain dengan rabbit di dalam kandang rabbit tu..happy juga la..cuma masa ni ummi agak mual sebab bau yang agak kurang menyenangkan selain dah penat sebenarnya..kami naik lori yang bertukar jadi bas (catar) ke rabbit park itu..rupanya fawwaz takut..hehe patut la cuak semacam..tak tahu pun..masa nak tidur malam fawwaz bagi tahu ummi adik tak nak dah naik bas tu..adik takut..ok2 pasni kita naik kereta ayah je ye..kelakar fawwaz ni..ini adalah saat-saat yang gembirakan hati ummi..selain rabbit di situ juga ada donkey(keldai) yang dipanggil fawwaz sebagai kuda dan naqi pula panggil lembu..hai ini la anak bandar..ada juga beberapa jenis rusa..kira ok la..ummi sedar anak-anak seusia anak ummi sangat suka kepada binantang..ini mungkin fitrahnya kan..



ya ummi gembira..ayah..ummi sangat gembira dan ummi rakamkan semuanya di sini..harap ayah tak marah kan..terajin pula ummi untuk upload kenangan itu di Fb ummi..ramai juga yang teruja melihat gambar-gambar yang cuma diambil dengan nokia c3 ummi..ya camera dah rosak naqi buat..nanti kita beli lain ya ayah..DSLR ka..hehe..ummi nampak ayah gembira (betul ke ayah?) seharian itu pada 26 Feb 2011 kami anak beranak sangat gembira..cuma di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Resort Bentong Pahang..

No comments:

Post a Comment