berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Thursday, February 24, 2011

Hati Yang Terluka..

Berbicara mengenai hati yang terluka, ummi pasti semua manusia pernah mengalaminya..itu adalah lumrah hidup sebagai manusia normal..suka, gembira. rasa bahagia. sedih dan pelbagai rasa adalah rencah kehidupan. begitu juga dengan ummi..apa yang tidak dilalui sementelah usia sudah menjangkau 32 tahun ni..oh tidak..umur ummi akan menginjak ke 33 pada hujung tahun nanti..ummi dilahirkan pd bulan Disember,jd baru sangat genap umur ummi 32..wahh masih muda..semua nak muda..kenapa ye?mungkin umur muda jiwa dan akan jadi muda sedangkan kita tidak tahu maut itu tidak akan memilih antara yang muda atau yang tua..

gelap sungguh di luar sana..mendung dan awan hitam berarak..angin pun kuat-kuat sahaja..macam nak lebat hujannya..ntah jadi ke tidak budak-budak jiran depan rumah ni berbbq..anak muda, jiwa muda, apa yang lebih hebat kalau tidak buat makan-makan, lepak-lepak dan bersuka ria kan..hmm..rancangannya ummi perlu mengambil tempahan baulu tradisional di seksyen 8 petang ni..nak bawa anak-anak bujang ummi sekali..kata tok tadi malam ni Che`Nan nak tumpang tidur rumah Tok pas balik bercuti di Malaysia Timur..hmm..boleh bawa anak-anak ummi untuk berjumpa dan beramah mesra..hehe..ayat ummi macam ayat buku kan.. ini adalah latihan untuk ummi menulis sebenarnya..

ye hati ummi terluka..adakah disebabkan ummi mengandung ini mudah sangat air mata ummi ni mengalir..ntah la..ummi kuatkan semangat untuk anak-anak bujang ummi dan anak dalam kandungan ummi ni..pasti chumil ya!..hehe siapa lagi yang nak memuji kalau bukan umminya sendiri kan..

banyak yang ummi lalui akhir-akhir ini..kegagalan, kesedihan, kegembiraan, perkongsiaan dan lain-lain lagi..ummi gagal dalam satu perkara..ya! ini buat ummi sangat terpukul..bohong la kalau kata ummi tidak menangis..hanya Allah yang tahu ada seorang teman yang sangat memahami diri ini mengetahuinya..ummi redha kerana ummi yakin setiap yang gagal dan membuat kita sedih ini adalah sebagai ujian yang sarat dengan hikmah..ummi yakin hikmahnya adalah untuk mengendurkan rasa ego dalam diri ini..jika ummi berjaya ntah bagaimana jiwa ummi, ummi tidak tahu..sememangnya Allah paling hebat dalam menilai dan memberi kita satu-satu ujian..jangan disebut kenapa kita gagal walaupun kita sudah berusaha kerana itu adalah sesuatu yang sudah ditulis untuk kita kerana ia juga adalah rezeki yang Allah tentukan untuk kita..sesuatu yang perlu kita nilai dan analisis semula mengapa kita gagal..sebagai orang yang sentiasa memandang ke hadapan..ummi perlu menilai semula kegagalan ummi dan tidak hanya menyelar siapa yang salah siapa yang benar kerana itu bukan tindakan yang bijak..bukankah ummi seorang yang bijak? ya..dan seharusnya ummi perlu memanfaatkan nilai bijak yang dimiliki oleh ummi..hmmm..

ye ummi memang terluka..masakan tidak..apa yang ummi rasakan betul akhirnya ditempelak orang..mungkin bagi ummi ia sudah betul tetapi bagi sebelah sana ia bukan lagi betul..ya bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang..cukup-cukup la kita berkorban untuk kesenangan orang lain..tidak dihargai apa pun kita ini..betul kata orang sepuluh kebaikan yang kita buat orang tidak akan nampak tetapi satu kesalahan yang kita buat itu yang akan dicanang orang..dan ya..ia bagaikan melepaskan anjing yang tersepit..selepas dilepaskan ia, ia akan menggigit kita semula..ummi sepertinya sangat serik dengan rencah dunia ini..ummi selalu mengimpikan tidak mahu menolong orang, tidak mahu ringan tangan dan semuanya ummi tidak mahu ummi lakukan..ummi nak biarkan sahaja..tetapi sekuat mana ummi kata tidak mahu tetapi apabila sampai ketikanya..ummi akan tetap membantu walaupun ummi tahu kesudahannya nanti ummi juga yang tidak kena..tak apa la..sekurang-kurangnya ummi yakin Allah ada bersama ummi..ummi nak laksanakan amanah Rasulullah yang tercinta, membantu manusia lain walaupun diri kita tidak punya apa..akhirat akan menjadi saksi segalanya..mampukah ummi meneruskan amanah ini..ya Allah bantu la ummi..ummi sangat memerlukan kekuatan di saat ini..

No comments:

Post a Comment