berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Sunday, February 20, 2011

Anak Lasak Anak Yang Cerdik

assalamualaikum..

ummi sgt rajin mencoret akhir-akhir ini..mungkin ini tempat yang bagus untuk meluahkan rasa dan ya! kena cari mood untuk menulis chapter 2 tesis ummi awal Mac ini..ini yang ummi plan..mudah-mudahan kesihatan badan kecergasan minda akan dikurniakan Allah saat itu nanti..

memiliki dua anak lelaki..itu harta dunia dan akhirat yang ummi ada setakat ini..otw ketiga sekarang ni..tatau la orang di dalam ni apa jantinanya..lelaki atau perempuan mari kita tunggu bersama-sama..set purple ummi sediakan kali ni untuk bakal baby ummi dan ayah..teruja juga tetapi barangkali dek kesibukan dan kepenatan membesarkan 2 anak bujang ni..nampaknya persiapan tidak se'hot' masa nak menyambut abang-abangnya sebelum ni..hehehe..ye aksi tendang menendang sedang berlaku sekarang..faham-faham je ummi sedang memperkatakan tentang dia ye..or baby jeles ummi tak well prepare lagi ke?dun worry baby, kita tunggu dan lihat sahaja..ayah kata ayah nak make over bilik bawah ni untuk sambut baby..tatau la jadi ke tidak..hehe..kalau baby nak tahu ayah ni kena push banyak sikit baru dia nak gerak..har har har..(ampun bang)..kata ayah kita tunggu bajet sikit lagi..awal-awal tahun ni memang banyak guna duit sementelah ayah, ummi along dan abang chik (fawwaz) baru je travel balik kampung kat Kelantan n Kuala Terengganu..bajet sedikit lari tetapi masih terkawal..atau bajet dalam keadaan bercampur-campur serta diapungkan..hahaha macam ekonomi malaysia tu..

ummi merepek..

bukan ini yang ummi nak cerita sebenarnya...wahhh sedapnya dengar along nyani lagu enjit2 semut..tadi abang chik baca yaasin..sakit perut ummi tahan gelak..but ummi sgt proud dgn si mulut becok itu...selingan lagi...

ye ini cerita sebenar ummi..abang chik fawwaz semalam eksiden..kena satu jahitan atas kepala kat azzahra ..kesnya fawwaz bawa keta dia dan terlentang jatuh atas jalan tar depan rumah..ummi dok dalam rumah sebab memang dah lembik jaga anak seorang diri sementelah ayah ke sekolah dari pagi hingga ke petang..penat tidak terkira dalam situasi ummi 32 minggu sekarang..ummi bukan apa..paling memenatkan ialah bila kena bangun dan duduk untuk layan-layan budak-budak ni..fawwaz pula kiranya dah boleh handle diri bila nampak motor dan kereta perlu ke tepi..selalunya ummi meneman tapi pertama kali bila ummi tak ada di sisi fawwaz. dah jatuh terlentang..sambil nangis2 bagitau dia sakit..ummi sapu belakang kepala dia..rasa basah dan tengok2 ada darah yang agak banyak..bawa masuk dalam dan ke sinki bila ummi basuh ummi nampak belakang kepala adik terbelah..sambil ngepek itu ini..ummi cuak sementara tunggu ayah siap solat..ayah siap terus bawa adik ke azzahra..apa lagi..kena satu jahitan..ummi tak sempat snap gambar luka tu..tak teringat pun sebab nak kena kawal along pula yang nak menolong misi-misi buat keje..tapi fawwaz memang lasak..sebenarnya pas basuh dengan air tu dia terus ok je..terus lompat balik dengan mulutnya yang tak reti diam tu..

ummi memang ingat pesan Dr dan tok wan, kalau anak jatuh tapi dia tetap lasak tidak perlu banyak yang dikuatirkan..itu tandanya dia ok dan mbe tiada kecederaan dalaman..tetapi kalau anak jatuh dia jadi lemah, muntah-muntah dan tidak aktif ibu bapa kena segera bawa mereka ke hospital..mungkin ada sesuatu yang berlaku..so tengok keadaan fawwaz semalam dan hari ini..ummi rasakan fawwaz ok cuma ummi perlu melihat terus perkembangan fawwaz selepas ini..

anak lasak anak yang cerdik..

ya ini kata ramai orang..anak-anak ummi yang dua2 ni memang lasak..cerdiknya belum tahu lagi..mudah-mudahan kata ramai orang ni termakbul la ye..ayah kata anak-anak ikut ayah masa kecik dulu..lasak..ye la kot..ayah selalu tunjuk betis ayah yang ada parut tu dan cerita betis tu terkena gergaji..kesnya tengok orang tua-tua buat macam senang so nak buat juga..maka dapat la satu parut kekal..hehehe..macam-macam kan..ummi pun lasak juga rasanya..tapi tok dan tok wan kata ummi ni spesis lembik sejak kecik..kalau diingat balik ye la kot sebab angah kata ramai tanak kawan dengan ummi dulu-dulu sebab ummi tu lembik..hahaha..ye la kot..mana tahu..tapi yang pasti ummi ingat sekolah rendah ummi ada penyakit dan tak leh aktif dalam sport..hehe..rasanya sampai sekarang juga ummi lembik..selalui orang kata ummi ni macam tak sihat..jalan macam tak cukup makan pun penah orang cakap..sabar je la..mujur ayah seorang yang gagah perkasa..boleh la ummi harapkan ayah kalau ummi tak larat kan..

mudah-mudahan kisah fawwaz memberi kita pengajaran terutama ibu bapa yang ada anak yang lasak..sila perhatikan kalau anak-anak kita jatuh, ada tak dia ada simptom

1. muntah-muntah
2. lemah
3.tidak aktif seperti biasa
4. demam

jika ada segera bawa ke hospital terdekat..tapi kalau pas dia jatuh dan berdarah-darah tu kena bawa terus la..simptom di atas perlu kita tengok selepas dia jatuh..dan 1 yang penting selepas anak jatuh ELAKKAN DIA TIDUR..bukan apa kuatir itu tanda dia lemah atau sebagainya..kalau dia terus lasak dan aktif mungkin kurang sedikit yang perlu kita bimbangkan..cuma pemerhatian perlu diteruskan..

hingga setakat ini ya..

No comments:

Post a Comment