berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Friday, February 18, 2011

Nafkah batin yang sebenar

malam-malam jumaat begini..seorang diri mengadap laptop..ummi cerah pula biji mata ni..ayah dah tido sedap dari tadi lagi..berdengkur tapi bila orang cakap dia berdengkur dia tak percaya..memang la mana la dia sedar dia berdengkur kan..hehe..

sekejap tadi sempat buka FB dan terlihat satu status yang mengatakan dia perlu berwangi-wangi di malam hari bersama pakaian seksi dan ketat..untuk menambah lena sang suami katanya..waduh waduh..malam jumaat begini..status itu membuatkan ummi tersenyum sendiri..benda gini pun ko nak tulis dalam FB ..apadaa..senyap-senyap sudah la..namun otak ummi terus ligat berfikir..yes since belajar ni otak sentiasa cepat dan aktif..mungkin sebab kita sentiasa membaca dan polish otak kita dengan ilmu..itu yang ummi rasakan..haiii makin cepat tua la ummi agaknya pasni..

banyak yang terlintas di benak ummi..satu ialah adab berpakaian semasa tidur dan kedua hint di sebalik status yang pada ummi lebih kepada 18sx or mbe 18SG..fuyyyoo..malam jumaat tu beb..ummi akan pergi satu persatu..adab berpakaian semasa tidur..perlukah kita berpakaian ketat?seksi tu lantak ko la kan..pakai baju kelawar pun dah seksi dah..pakai t-shirt dan kain batik pun dah seksi juga kalau di mata suami kita la makhluk paling seksi kat dunia ni kan..so itu tidak menjadi isu kepada ummi..cuma ummi teringat masa belajar di kipsas dulu apabila ustaz awie berbincang tentang adab tidur berdasarkan hadith Rsaw..ummi minta maaf sehingga artikel ini ditulis ummi dah lupa apa hadithnya tetapi mafhum hadith itu yang ummi fahami memang ummi apply sampai hari ini..antara lain mafhum (apa yang boleh difahami daripada )hadith itu menyatakan bahawa perlunya memakai pakaian yang longgar semasa tidur dan baju yang nipis/kain kapas (terpakai ikut musim la..kalau dok UK sejuk gedi jangan la gini kan)..

ini bermakna salah satu adab tidur ialah tidak mengenakan pakaian yang ketat dan juga tebal..ummi pernah terbaca satu artikel moden yang menyatakan perlunya tidak mengenakan pakaian dalam semasa tidur..ia bagi merehatkan bahagian tubuh supaya tidak sentiasa diikat ketat dengan pakaian-pakaian kecik tu..selain itu juga ia untuk menggalakkan tumbesaran tubuh terutama kepada anak-anak kecil dan remaja supaya bahagian tubuh dapat membesar dengan sepatutnya...dan satu lagi ia juga untuk mengelakkan kanser payudara ye..bahasa mudah korang bagi je la benda tu bernafas esp masa korang tidur iaitu waktu rehat kita..sian kat dia.hehehe...

hmmm so memang relevan la hadith Rsaw tersebutkan..memang Rsaw ni sangat terer dan mendahului semua manusia dalam menyampaikan ilmu baginda..betul tak?

so hint kedua tentang nafkah batin tu..ramai yang memahami bahawa nafkah batin itu hanya la benda 'tuuuu' je kan kan..ngaku cepat..ummi dapat ilmu ni baru je lagi melalui seorang sahabat..tuan-tuan dan puan-puan..bukan la nafkah batin itu setakat itu sahaja..bagi sang suami anda kena faham tentang ini..jika hanya ini yang Islam maksudkan nampak sangat Islam itu sempit dan hanya menggalakkan seks semata-mata..ini kerana nafkah batin yang sering diiringi dengan nafkah zahir (makan, pakaian dan tempat tinggal) itu juga bermaksud seorang suami perlu menjaga hati dan perasaan seorang isteri..bukan la bila selesai memberi nafkah zahir so batinnya hanya pada kegiatan seksual sahaja..ramai yang tidak faham secara terperinci tentang ini..dan disebabkan ketidakfahaman ini la ramainya isteri tersiksa batinnya..suami tak fahami apa yang sebenar isteri inginkan..setengah daripada golongan suami berpendapat selesai sahaja kegiatan tersebut mereka sudah selesai tanggung jawab seperti yang diperintahkan agama..dan ini juga salah satu punca keretakan rumah tangga zaman loni..suami tak faham isteri penat, tak mengerti rajuk si isteri dan lain-lain lagi..fahami la isteri ummi yakin anda akan dapat lebihh..hehe macam iklan kan tapi ini serius..ummi sebagai isteri boleh cakap begitu sebab kalau kaum lelaki nak tahu bila kaum hawa ini bersetuju untuk menerima mereka sebagai suami seluruh jiwa raga akan dipertaruhkan aka diserahkan..isteri akan menjadi lembut hatinya jika suaminya juga seorang yang lembut hati dan begitu la sebaliknya..isteri akan memberi lebihh percaya la..jarang sekali kita dengar isteri yang over jika suaminya orang yang baik..mungkin ada tapi ummi yakin itu kes terpencil sebagai ujian kepada suami..jangan tidakkan pendapat ummi..mari la kita renungkan dan perbaiki..mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat kepada diri ummi, ayah dan semua yang membacanya..

2 comments:

  1. owh akhirnyer dia dah mula menulis..
    suka suka....

    btul tu puan ummi,
    suami sebetulnyer,
    'mengerti dan memahami' apa yang sang isteri mahu....
    termasuk la walau ke toilet public bayar 30sen, lelaki kena keluarkan tur......
    barulah lelaki tersebut gentleman...
    agaknyer ramai lelaki takut dikatakan terlalu ikut telunjuk pulak kot....ntah lah..

    apapun, saper nak ajar anak lelaki?
    mestilah ummi yg ader ramai anak lelaki nih..
    didiklah mereka, agar isteri2 mereka di luar sana senang hati selalu..............

    nik eeyda...

    ReplyDelete
  2. betul apa ummi kata..bukan seks semata-mata. kita nak dia layan sembang. nak dia picit2kan lenguh, bergurau senda. sebahagianlah..ada byk lagi..tp suami tak boleh bagi masa 10 minit utk sembang sebelum tido. cakap2 romantik ke kejap. Bukan taupun esok dapat bangun lagi. kurang2 tinggalkan kenangan manis.

    ReplyDelete