berkongsi pada yang sudi

sampaikan walau satu Aayat







Tuesday, March 22, 2011

menghitung hari..

salam..
bicara hari ini sambil menghitung hari-hari untuk melahirkan..jenuh juga ye..pengalaman sebelum ni kedua-duanya overdue so yang kali ini tak tau la macam mana..adakah ummi akan pergi menyerah diri dengan cantik sekali atau pergi ke hospital dalam keadaan menahan sakit..ohhh ummi sudah ketakutan..itu yang ummi selalu ulang pada ayah..ummi takut la..ayah diam je..tatau apa yang tersirat di hati ayah..tidak banyak progress pada semester ini..nampak bahan macam dah ada tapi ummi tak tahan untuk duduk lama..sakit sungguh belakang ni..ubatnya hanya berbaring atau mengiring..dugaan lagi kuat di malam hari kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..tidak dapat tidur lena dan paling sadis bila mata gagal untuk lelap sama sekali..bila hampir subuh baru mata mengantuk dan buatkan ummi selalu lewat untuk solat subuh..ampunkan aku ya Allah atas kesilapan ini..mungkin atas dosa-dosaku aku diuji untuk Engkau ampunkan dosa-dosaku..

bila berkeadaan begini lantas ummi akan teringat kepada emak ummi..ini la fitrah kita sebagai anak tambah lagi kita seorang perempuan yang sama melalui pengalama seperti ibu kita...hmm..mesti dulu masa mak ngandungkan ummi sama juga rasanya..korek-korek kat mak a.k.a tok, tok kata masa ngandungkan ummi tak ada masalah sangat cumanya mak dah sakit kuat macam nak bersalin tapi bila sampai ke hospital tak jadi bersalin..orang dulu-dulu mana ada paksa-paksa ni atau induce so pihak hospital suruh balik rumah dulu dan kalau sakit nanti datang semula..tok kata pas sebulan baru sakit tu datang semula dan kali ni baru ummi dilahirkan...tok kata ummi dok dalam perut lama juga hampir 11 bulan..(hehe sbb tu ummi pandai kot) perasan!!!..ye lah agaknya..masa nak push untuk keluarkan ummi pula tali pusat lilit tengkuk ummi..ayah atau tok wan kata orang dulu-dulu kata kalau tali pusat lilit tengkuk baby ni tanda budak bertuah (waaa ummi bertuah rupanya..) ye la mana tak bertuah kalau silap gaya bidan tak pandai handle mesti baby lemas tercekik dan innalillah la jawabnya..tok wan kata biasanya kalau tali pusat lilit tengkuk baby ni, bidan yang handle kelahiran akan diberi kain batik yang mahal-mahal sebagai tanda penghargaan la tu sebab berjaya selamatkan baby..hmmm..itu kisah masa nak lahirkan ummi..so kalau ikut kes ummi ni sendiri patut la juga ummi ni ngandungkan anak-anak ummi lebih hari..banyak terikut dengan tok rupanya..anak sulung ummi naqi pun sama terlilit tali pusat masa nak lahir sampai misi yang sambut kelahiran naqi suh ummi stop jap masa nak push sebab tali pusat lilit tengkuk naqi..hmm sama je kes dengan ummi kan...terima kasih sangat misi-misi kat Wad Bersalin Hospital Kuala Lipis tahun 2007 tu..dorang layan ummi dengan sangat baik..moga-moga Allah memberi sejuta keberkatan kepada mereka...kisah bersalin fawwaz tak ada tragik sangat cumanya fawwaz lagi lama dalam perut ummi 42 minggu sebenarnya..itu termasuk 1 minggu ummi tipu kat misi..ingatkan bila tipu 1 week idak la ummi nak kena masuk ward ke apa. rupanya sama juga pergi menyerah diri cantik-cantik kat hospital Serdang..macam-macam hal kan ummi ni..fawwaz keluar dengan rambut panjang yang dah tutup telinga dan kuku yang sangat panjang..memang tok kata budak ni dok lama dalam perut dan lebih hari pun..bila misi letak fawwaz atas dada ummi dan ummi bagi salam kat fawwaz, fawwaz dah toleh ke muka ummi..mencari suara ummi dengan mata yang terbuka..heiii budak bertuah, kenapa la keluar lambat sangat..itu yang ummi tanya pada fawwaz..so yang ketiga ni ummi tatau macam mana lagi kisahnya..hmm mudah-mudahan Allah permudahkan la urusan ummi kali ini..andai kata ini kelahiran yang terakhir untuk ummi, kisah yang ummi paparkan adalah kenangan untuk anak-anak ummi dan ayahnya..hehe..ini memang saat-saat akhir yang ummi tatau apa penghujungnya..memang ummi harapkan usia yang panjang untuk terus beribadah dan memohon ampun pada Allah selain melihat anak-anak membesar dan senyuman ikhlas daripada ayah tapi siapa tahukan...huhuhu sedey..

moga bertemu lagi..

No comments:

Post a Comment